Jumaat, 15 Januari 2010

Qiyadah dan Jundi



Sekian masa berlalu, kita menghadapi sekian tantangan2 dakwah dan tarbiyah. Dari tingkatan pembinaan fondasi (basement) sehingga dakwah kita kian melebar dan membesar, individu2 terus dicetak dan dicetak, sehingga membentuk sebuah rangkaian individu/du’at yang besar.

Kita bakal menghadapi cabaran berbeza di setiap tingkatannya, bila mana kita sudah semakin membesar juga ada ujiannya. Lebih2 lagi hal yang pasti terjadi ialah berlakunya perbezaan pendapat, wujudnya gerakan2 Islam yang pelbagai, dan sebgainya. Kerana apa? kerana kita punya penilaian dan cara pandang pada masa depan yang berbeza berdasarkan al-Quran dan sunnah.

Jadi bagaimana kita mampu melihat dan bersikap dengan semangat kekitaan ini dengan baik agar tidak berlaku hal2 yang membawa luka pada umat, malah kenderaan dakwah yang sedang sama2 kita naiki ini terus melaju kencang, sekencangnya?

Agar tidak ada masa yang kita rugikan di tengah2 perjalanan seperti timbulnya perdebatan2 yang tidak membawa penyelesaian, sebaliknya sakit hati. Perbincangan2 yang tidak praktikal. Pengembangan yang tidak stabil. Renggang masa vakum dari aktiviti tarbiyah, tragedi kebekuan, futur dan kering hati dari membesarkan ALLAH azza wa jalla dalam kehidupan.

Menurut pemerhatian dan setakat semampu saya teliti, beberapa aspek yang perlu kita singkapi dan tatang dengan baik, agar kita berupaya membawa masyarakat muslimin ini ke tempat sebenarnya ia berada. Mencari titik temu, dan menjauhi sisi2 perselisihan.

1. Memelihara aspek keaslian tarbiyah
-apa yang saya maksudkan adalah bagaimana tarbiyah/pembinaan itu harus mempunyai keberterusan/ berkesinambungan sehingga sampainya kita kepada maksud tarbiyah itu, apa buahnya, apa nilai2nya yang hendak dibina, bagaimana tarbiyah menjadi satu2nya jalan penyelamatan umat.

Ia tidak boleh ala-kadar atau asal ada

Semua ini harus tidak di lekakan malah difahami dengan baik. Jangan kerana kita ingin merealisasikan beberapa cita2 jamaah sehingga struktur rijal-rijal yang paling bawah kebingungan. Akhirnya, ramainya kita hanyalah sebuah penyertaan/keahlian/pengumpulan semata-mata, tidak mampu hadir memberikan solusi/manfaat kepada masyarakat kaum muslimin.

2. Aspek ukhuwah
-ukhuwah adalah perkara kedua yang rasulallah tekankan setelah keimanan

Apa yang saya maksudkan dengan ukhuwah adalah kesediaan individu2 untuk bersama kita, memahami jalan dakwah ini, memahami kepentingan tarbiyah, perlunya kita memperbaiki diri dan mewarisi keadaan yang lebih baik untuk hari esok. Kita harus sangat menghargai kesediaan mereka untuk mendengar dan memahami sehingga berbuahnya amal. Kerana, bukan senang mengumpulkan sejumlah hati-hati untuk tunduk kepada keimanan dan percaya dengan sunguh2 kepada sesuatu yang belum kita nampak hasilnya dalam masa yang sama mengorbankan kepentingan2 invidualistik yang lain (masa lapang, wang, tenaga, perasaan).

Jangan sampai kita membuat sesuatu keputusan sehingga beretakan ikatan, membuatkan mereka putus asa dengan jalan keimanan. Sungguhpun hal itu sebuah kebenaran, kita perlu lebih bijak membuat penilaian, strategi2 untuk mempersiapkan kefahaman dan psikologi, secara teknikal mahupun taktikal.

Bukan senang mengajak orang, Rasulallah manusia yang paling mulia dengan akhlaknya juga merasai keperitannya.

Ada seorang al-akh dari Indonesia,selama 2 tahun dia membawa sebuah halaqah, akhirnya, semua anak halaqah minta berhenti dari halaqahnya dan tidak mahu ikut lagi. Sukar bukan?

Jadi, kita perlu melihat secara luas setiap segala keputusan yang kita lakukan, apa kesannya, apa cara2 nya untuk merealisasikan keputusan itu, yang mana paling sesuai, bila, dan bagaimana persediaan mental, iman, kefahaman fikrah?

3. Aspek masa depan
Ini saya rasakan titik terpenting dalam kita berharakah.

Semua mencita-citakan dunia ini kembali di sinari cahaya keimanan, terang benderang. Kegelapan hari ini bakal diganti dengan cahaya mentari harapan manusia seolah2 malam di gantikan dengan siang.

Untuk itu:
a. Perlu ada persiapan untuk bergabung.

Kita semua bakal melebur dan akan menjadi satu.

Yang saya maksudkan adalah persiapan mental dan kesiapan psikologi

PAS, ISMA, JIM, HALUAN, ABIM, Tabligh, MSM, dan lain2 adalah entiti yang tidak kekal, yang kekal hanya ISLAM dan para muslimin dan gaya dakwah ala-ikhwan (manhaj nubuwwah). Satu masa nanti, semua bakal menyatu. Soal bila dan bagaimana, kita serahkan pada qiyadah2 kita, insyaALLAH mereka sedang merancangkan yang terbaik.

Semangat gengsi (assobiyah) itu wajar untuk meletakkan kita dalam ketaatan pada pemimpin, tetapi semua itu akan selesai/tunduk dengan “sibghatalloh” / celupan ALLAH / celupan robbani. Kerana kita punya kesatuan Ilah; ALLAH, kesatuan Qudwah; Rasulllah, kesatuan panduan; al-Quran, dan kesatuan tujuan dan cita2 ; Ustaziatul ‘alam

Di sini perlunya peranan tarbiyah yang sebenar-benarnya bahawa kita berbuat bukan kerana jamaah, tetapi hanya kerana untuk mendapatkan keredhaan dan kedudukan yang lebih baik di sisi ALLAH. Kita bebahagia apabila kalimat ALLAH di tinggikan dan kita tidak merasa selesa apabila di perlekehkan, dan kita tidak kecewa andainya yang menjadi “superhero” itu adalah bukan kita, yang pasti, setiap dari kita mempunyai ganjaran2 selayaknya di sisi ALLAH sesuai dengan usaha.

b. Persiapan amal jama’ie
apa yang saya maksudkan adalah persiapan dakwah dan tarbiyah, persiapan pengorbanan, kesanggupan dan kefahaman tentang jalan yang kita lalui, apa marhalah2 nya, apa manhajnya, bagaimana perjalanan hingga ke akhirnya.

Siapapun anda, kumpulan mana sekalipun, pasti kita harus mengikut rujukan terbaik kita, Rasulallah dan para sahabat, dan di “revise” kan semula oleh dakwah al-ikhwan.

Harapnya, bila di seru kepada mereka “dakwah!”, mereka tahu apa yang harus dilakukan. Itu sudah cukup sangat baik.

Kalau tidak ada faham yang baik, menyeluruh dan wasotiyyah, akan hanya berlaku sentimen emosi, pening dan keliru dengan matlamat dan eggan tunduk, sentiasa melihat pada kelemahan dan perbezaan.

Jangan di besar-besarkan dengan siapa kita bersama sehingga nilai2 pembaikan langsung tidak terbina. Tetapi kita harus melihat pada hasilnya dan kualiti yang terbina.

Jadi selesaikan pembinaan sehingga akhirnya setiap dari kita memahami dengan baik, dan biiznillah, kita akan bersama-sama menyusun bata ini dari peringkat paling bawah, ke batu-bata terakhir yang paling atas.













Ikhwahfillah,


Keimanan kita, ibadah kita, akhlak kita, dakwah dan tarbiyah kita satu masa nanti akan memasuki fasa menguasai. Ya, menguasai bukan lagi dengan senjata moden, kita bakal menguasai eropah, akan menguasai asia timur, akan menguasai benua amerika utara dan amerika latin. Islam yang kita tegakkan dalam diri setiap al-akh akan membuahkan kemakmuran, afrika menjadi negara2 maju, negara2 kaum muslimin menjadi negara2 terbersih. Kita bangunkan sistem pendidikan dengan penuh semangat kehidupan, yang bukan sahaja menghidupkan akal tetapi jiwa. Kita akan menguasai market dunia dengan “kita menghasilkan dan kita guna” kerana kuasa beli kita terkuat denagan jumlah yang muslimin yang ramai serta sebahagian negaranya kaya-raya dengan hasil bumi. Para pemimpin kaum muslimin adalah mereka yang tunduk pada yang lebih berkuasa darinya, yakni ALLAH, reaksioner, dan peduli setiap suara. Masyarakatnya pula punyai arah kehidupan, iaitu akhirat, maka, mereka akan tenang2 sahaja kerana mengetahui semua ini hanya sementara. Kita akan menjadi struktur terkuat di muka bumi dengan hanya sistem pembinaan manusia kita yang terbaik, setiap dari kita dicetak dan mencetak individu sesuai dengan rujukan terbaik kita, Rasulallah dan golongan awwaluun solafussoleh (generasi sahabat)

Semua ini akan berlaku sedikit masa lagi mengikut proses dan melalui sunnatullahnya.




“ya ALLAH ampuni aku, dan berikanlah aku kekuatan hidayah dan taufiq untuk berbuat, dan janganlah engkau masukkan aku dari golongan orang2 yang celaka”

5 ulasan:

ahmad berkata...

tika diri kegersangan,
hubungan dengan Allah dirasakan loggar,
tanggungjawab sesama manusia pula seakan pudar,
tarbiyah tidak pernah jemu memberi harapan baru,
agar ada pembaikan terus dilakukan


akh,
wadah taubat,
bermaafan sesama manusia
maafkan ana atas kekhilafan dan keterlanjuran

Unknown berkata...

moga syurga mengatasi segalanya dalam pandangan kita



ana penuh dengan kedhaifan
dan berimpikan ridho tuhan sekalian makhluk


agar kita tidak pernah merasa kejenuhan

Tanpa Nama berkata...

salam. sy seorg saudara seIslam yang berkeinginan terus berjuang dalam kegiatan dakwah. tp ilmu sy masih sedikit dan rakan2 sy terdiri drpd berbagai-bagai kelompok seperti yg saudara mention. (i.e. ISMA, KONSIS, PAS, ABIM etc.) selama ini perkara tersebut menjadi penghalang sy utk terus aktif. semuanya kerana pandangan mereka kebanyakannya bertentangan dan sy xtau siapa pihak yg benar. sngt menyedihkan apabila sy mengikuti satu usrah, sy dihalang utk mengikuti usrah yg dianjurkan pihak satu lg. jd sy pilih utk tidak memihak kpd sesiapa dan mencari ilmu agama mengikut cara sy sendiri. apa pendapat saudara berkenaan hal ini?

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
emmar berkata...

Assalamualaikum
terima kasih di atas entri ini.