Selasa, 14 Mei 2013

Kemuliaan



ibadah (solat, zikir dsb nya), ketaatan adalah hadiah dari ALLAH

ALLAH bukan menyusahkan kita, tapi memuliakan kita dengan menundukkan kita kepada TUHAN yang mencipta setiap satu perkara di hadapan kita dan seluruh alam ini, TUHAN yang menciptakan zaman demi zaman, TUHAN yang menciptakan kehidupan dan kematian, TUHAN yang menciptakan tabiat dan hukum alam...

kalau tidak kepada TUHAN, manusia tunduk kepada nafsu dan syaitan...

ALLAH telah mengaitkan kita manusia yg tiada apa-apa ini dengan PENCIPTA yang maha tinggi, kalau bukan dengan PENCIPTA, maka kita terikat dengan kerendahan dunia dan makhluk

serendah2 orang beriman merasa terpaksa (dengan kewajipan), setinggi-tingginya merasa mulia , redho dan bergembira dengan ketaatan walau letih atau pahit

Isnin, 13 Mei 2013

Teori Relativiti Motivasi

Dalam ilmu psikologi.
Atau lebih khusus lagi, ilmu memotivasikan (orang atau diri sendiri), ada beberapa teori/prinsipel motivasi.

Saya ambil contoh;
1. maslow's motivation theory
2. expectancy theory
3. herzberg's theory

Dalam ketiga-tiga ini, hari ini saya sangat tertarik berkenaan teori yang dikemukakan oleh Tuan Ferderick Herzberg ini: HERZBERG THEORY OF MOTIVATION
Umum nya teori ini membahagikan 2 sumber motivasi; pertama, disebut "motivator", kedua disebut "hygiene factor"

Menariknya, hygiene factor tidak memotivasikan orang, tidaklah menyebabkan orang akan bertambah produktif dengannya, tetapi tanpa hygiene factor, prestasi seseorang akan merudum.
sebagai contoh; kekemasan tempat kerja, makanan bagus atau tak bagus, motosikal, baju yang cantik, biasiswa banyak atau sikit.

Sekali lagi; hygiene factor ini tidak menjadikan seseorang tu meningkat motivasi dan struggle-nya untuk mendapatkan sesuatu, hanya mengelakkan dia demotivator sahaja.

Manakala, motivator adalah sesuatu yang "dia kejar", "he work for it", "he do sacrifice and struggle towards it", sesuatu yang jiwa, emosi, fizikalnya menginginkan benda tu, menaruh harapan, menyebabkan motivasinya berubah, produktiviti, kecenderungan dan orientasinya berubah, memberikan kepuasan dan penyesalan. Pendek kata, apa yang berkenaan dalaman diri nya.

Ini yang menarik perhatian saya.

Selalunya, kita akan ada waktu pasang surut obsesi kita terhadap sesuatu.
Ibadah, dakwah, achievement... yang selalu surut nya bila kita tidak nampak benefitnya secara zahir nya, seperti solat dan sebagai. Sehinggalah kita membuat nya tanpa kita rasa ingin mendapatkan sesuatu darinya. Perbuatan hanya untuk lepas syarat dan rutin, bukan sesuatu yg nak di achieve.

Lebih particular lagi, saya nak sebut berkenaan; "Kita  dan baca Quran"

Cuba kita semak naik turun tabiat bacaan quran kita.
Mari kita buat ujikaji. Katakanlah, ambil 5 hari. Buat target (jangan terlalu mudah dan jangan terlalu susah).
Hari pertama, cuba baca, catatkan jumlah bacaan. hari kedua dan seterusnya, ulang.

Nah, cuba lihat sendiri, biasanya kita akan gagal mencapai target. Kita akan rasa, yah beratnya nak baca, kuliah lagi, nak buat itu lagi ini lagi, tup2 nak tidur...

Akhirnya saya mendapati satu sahaja kesimpulan, kenapa perkara ini berlaku?

Rupa-rupanya, kita tiada harapan pun pada setiap kali kita membaca Quran. kita tidak mengharapkan apa-apa pun kita dapat selepas kita baca sekian ayat. Kita tidak merasakannya pun ia sebagai bekalan dan penguat. Kita tidak mahu pun ambil pelajaran daripadanya. Akhirnya kita rasa sangat lah berat. Bila berat dan susah, sunat pula, tiada orang kisah pula, lalu apalagi; "semoga jumpa lagi wahai Quran"

Saya rasa, perkara sama juga berlaku kepada perkara-perkara lain yang melingkari kehidupan kita seharian.
Maka benarlah sebuah kata-kata yang bernas;

"Istiqomah hati itu lebih penting dari istiqomahnya perbuatan zahir"

....manusia menjadi hamba kepada apa yang dicintai.