Jumaat, 13 Januari 2012

FB#2; siapa dulu?

Rasulullah SAW pernah bersabda;

“Man sanna sunnatan hasanatan, falahu ajruha wa ajru man ‘amila biha ila yaumil qiyaamah”


Sesiapa yang memulakan sesuatu kebajikan, maka untuknya pahalanya dan pahala sesiapa yang mengikutnya hingga ke hari kiamat.

Selasa, 10 Januari 2012

5tahun di atas jalan; para penyeru


1. Kehidupan sebagai seorang penyeru (daie) adalah satu peringkat dalam perjalanan tarbiah seorang akh mukmin yang soleh

2. Pada saat itu, setiap sisi (janib)/perbuatan dalam kehidupan kita adalah dakwah

3. Kalau cacat perkara lain kerana dakwah, itu bukanlah dakwah (dakwatullah); kerana dakwah itu suci dan agung

4. Dakwah milik ALLAH, ia semata-mata anugerah dan pemberian ALLAH kepada seorang hamba

5. Untuk angkat hambaNya itu ke tempat yang lebih tinggi

6. Dakwah hanyalah urusan/jual beli ALLAH dengan hambaNya

7. Untuk membeli dakwatullah, perlu dengan jiwa, jasad, wang, masa; dengan segenap pengorbanan

8. Kalaulah gelaran “dato” adalah pangkat dikalangan manusia, maka du’ah/da’ie (penyeru) adalah pangkat kemuliaan dan ketinggian dikalangan penghuni alam buana; kerana dia menyeru kepada sujud kepada Tuhan pemilik alam, tidak terpikul amanah ini oleh makhluk lain (berkecai gunung menerimanya

لَوۡ أَنزَلۡنَا هَـٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ عَلَىٰ جَبَلٍ۬ لَّرَأَيۡتَهُ ۥ خَـٰشِعً۬ا مُّتَصَدِّعً۬ا مِّنۡ خَشۡيَةِ ٱللَّهِ‌ۚ وَتِلۡكَ ٱلۡأَمۡثَـٰلُ نَضۡرِبُہَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ
Kalau sekiranya Kami menurunkan Al Qur’an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.
(hasyr (59);21)

9. Dakwah menjadikan kehidupan seseorang itu kaya dan panjang;
a)kaya kerna setiap inci unit kehidupannya sarat dengan nilai2 agung sehinggakan tidak akan pernah habis digali oleh manusia hingga ke hari kiamat; arrasul dan sahabah.
b)panjang kerna umur dakwah ini bermula sejak manusia pertama dihantar ke dunia (adam a.s)hingga manusia terakhir yang hidup di muka bumi.

10. ketahuilah sesungguhnya bahawa hujung jalan ini adalah syurga yang abadi






moga ia membara dan berdenyut hingga ke hujung perjalanan
#nota diri
kaherah, 12;31 a.m
10 jan 2012