Selasa, 12 Oktober 2010

noktah2 tarbawi (1)


alhamdulillah, sesi baru bermula... dan dengan itu sesi lalu baru sahaja berlalu

sesi lalu adalah noktah2 utama dalam hidup saya, banyak ma'ani2 dan hakikat2 yang telah tertegak di hadapan mata dan di dalam hati....

terutamanya dalam dakwah dan tarbiah, cukup mem-bekas-kan di hati saya semenjak hari pertama saya menggeluti di jalan ini....

tidak ada yang pantas saya ucapkan kecuali memulangkan segala puji-pujian hanya kepada ALLAH subhana wa taala kerana telah mempertemukan saya dengan beberapa individu yang telah bersungguh-sungguh dan bekerja keras menegakkan tabia'at agama ini.... tabi'at agama ini yang menuntut kita beriltizam dengan dengan sungguh2 atas jalannya... yakin dan percaya dengan sebenar2 nya bahawa inilah satu2 jalan untuk kita lulus dan mencapai kebhagiaan dalam perjalanan hidup ini yang seseberapa lama.... hingga akhirnya kita menemui "al-yaqin" itu, yakni kematian.... hingga kita menemuinya dalam aksi2 kita yang terakhir dan terbaik di dalam dakwah kepada ALLAH...

ada ikhwah yang duitnya habis kering kontang utk mad'u...
ada ikhwah yang sampai demam2 hanya kerana menelaah buku2 fikroh dan menghadiri puluhan pertemuan seminggu...
tiada habuan dunia yang didapati kecuali lelah dan lunyai... tetapi inilah bukti syahadah ini...

inilah jalan para rasul2 dan pengikut2 nya terdahulu

inilah yang membentuk keimanan kita kpd ALLAH akan ganjaran yang besar menanti di hari dihimpunkan setiap seorang pernah hidup

membebaskan takluk yang lain selain takluk ALLAH dalam kehidupan....

meletakkan diri bahawa setiap yang dilakukan adalah berkenaan hisab di hadapan ALLAH di padang mahsyar kelak...

akhirnya, ia membawa kita kepada membenarkan ikrar kita setiap hari..

sesungguhnya solatku....
ibadah ku....
hidupku.....
dan matiku hanya untuk ALLAH semata-mata....

inilah destinasi terakhir aqidah ini dalam setiap jiwa individu muslim.....





penat, lunyai, pokai... terbayar dengan kepuasan.....
kepuasan yang tidak mungkin dirasai tanpa "juhd"... kesungguhan yang sungguh...


itulah tabi'at agama ini... jangan mengimpikan atau mengatakan sudah menjadi muslim, soleh, "beragama", berkorban utk agama, kalau hanya bermain2... sentiasa beralasan.... mencari rukhsah...;kerana agama ini x berdiri di atas rukhsah2.....


"kita belajar dulu kat mesir, cari ilmu, nanti balik malaysia baru kita dakwah dan tarbiah..."
"rilek dulu, bidang amal kita di malaysia... bukan mesir"
"ana x mampu a dakwah2, mengajar orang ni ana x reti...."



no way!

وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَا‌ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana (mencari keridhaan) Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
(al-ankabut;69)



وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلاً۬ مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَـٰلِحً۬ا وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?"
(fussilat;33)

inilah jalan kita... seorang muslim



sekian...
(bersambung, insyaALLAH)