Sabtu, 30 Januari 2010

day review; 29 jan 2010



apa yang saya dapat semalam?
saya mencari hikmah...

1. terkejut juga rasanya,

secara x sengaja, saya tersinggah di blog seseorang yang saya pernah kenal dlu
tetapi hati saya sebak + sayu + terharu


dia RAJA MOHD ASLAM
dia senior saya di SMSAH
kalau anda melihat blog dia sekarang, mungkin tidak ada apa yang special, just a blog islamis

tapi... kalaulah anda pernah sekolah di SMSAH antara range masa 2001 hingga 2005, anda melihat dia dulu dan kenal dia, pasti anda akan menangis

lagaknya, gayanya, samseng nya, huha-huha nya, gila2 nya


tapi sekarang, subhanallah...

sangat terharu tatkala membaca main title blog nya

(klik pada quote)

sebenarnya, bila saya merenungi, dalam kehidupan kita setiap perkara yang berlaku adalah sebuah ketentuan dan perancangan yang sangat terbaik dari ALLAH s.b.t

sangat teliti
sangat banyak nilai hikmahnya
dan saaaangat tinggi ilmu (very reasonable)


ia saling berangkaian dan berkaitan



boleh jadi apa yang berlaku hari ini adalah sebab nya ada pada 20 tahun lalu, 10 tahun lalu atau kejap2 tadi


saya ambil satu kisah , saya di besarkan di tanah merah kelantan, ibubapa keduanya guru, sekolah rendah di tanah merah selama 6 tahun, kemudiannya bersekolah menengah di Jitra, jumpa/kenal beberapa orang, kemudiannya ke UM kenal lagi, dan ke UKM pun beberapa orang lagi, kemudian...

tup..tup... saya sampai ke mesir dan satu hari saya berjalan di kaki lima Kaherah lalu bertemu seorang pengemis....

secara tanpa saya rancang saya memberi seringgit dua kepada beliau...

dan bila kita tengok kejadian ini berlaku dalam kerangka yang besar, kita akan mendapati, segala yang berlaku sejak saya lahir sehingga ke saat itu, semua itu asbab, ketentuan2 yang saling berangkaian dan perancangan dari ALLAH untuk memberikan sesuap nasi kepada nya

sedangkan kalau di hitung secara logik manusia, saya rakyat Malaysia, jauuh di timur tetapi akhirnya atas beberapa setting yang sangat detail, saya datang kepadanya hari itu


andaikata, sejarah itu diubah sedikit sahaja, contoh SPM saya kurang satu A atau lebih satu A, pasti, jalan cerita akan sangat sangat sangat berbeza




begitu juga halnya dengan senior saya ini, andaikata dia tidak pernah bersekolah di SMSAH, yang mana mungkin asbab dia ke UK, dan UK asbab dia menerima hidayah... boleh jadi, dia bukan seperti dia sekarang



bila kita mencari hikmah setiap yang berlaku dalam kehidupan kita, kita akan mendapati sangat2 indah segala perancangan ALLAH yang MAHA BIJAKSANA

walaupun perjalanan saya jauh, x lah secemerlang mana, dapat B dalam B.M masa SPM, di PASUM juga tidaklah cemerlang... tetapi bila saya renungi, mungkin ini cara ALLAH nak sampaikan juga doa saya untuk belajar di sini dan ambil medic... dan menemukan saya denagn beberapa orang2 hebat...


dan yang lebih mahal seandainya ALLAH datangkan segala ujian2, peristiwa2 yang menggugah jiwa, perjalanan hidup yang jauh dan berliku hanya untuk memberikan kita hidayah....
jika kita mengerti hikmah2 itu semua, pasti kita tersujud ketar syukur kepada ALLAH


besarnya hidayah ini, ibarat kompas di tengah2 lautan






2. peristiwa kedua, hari sama

saya menggodok lantai simen dengan tulang pipi/ zygomatic bone sehingga menelas kulit akibat mengejar bola dan terpijak bola...... hilang kawalan... dan... sodok

saya sedar, saya terbaring dan memandang langit serta kepala2 orang memerhatikan saya


nilai hikmah saya dapat;
a. ALHAMDULILLAH, nasib baik bukan gigi yang patah, kalo tidak, tiada lagi gigi ganti

b.bila saya pandang langit sebaik sahaja saya jatuh, saya fikir mungkin ini teguran dan ingatan dari ALLAH atas kelalaian saya sehari dua ni... leka... lupa Dia... Quran pun macam buat pandang x pandang je





mungkin itu setakat review jumaat semalam...

ada banyak lagi sebenarnya peristiwa datang dan pergi.. tapi rasa nya cukup stakat itu..


wassalam

Rabu, 27 Januari 2010

hassan al-banna dan terbitnya mentari harapan




salam alayk


lahirnya syaikhul tarbiyah imam syahid hassan al banna pada Oktober 14, 1906(1906-10-14)di Mahmoudiyah, Beheira, Mesir tatkala perginya seorang hero kaum muslimin , syaikh muhammad abduh pada 1905.

dia memang seorang yang di sediakan oleh ALLAH untuk ummat ini

tidak lama setelah era khilafah mengguling jatuh pada 1924, beberapa tahun setelah itu, dia sudah datang dengan idea bahawa khilafah akan kembali tertegak sedikit masa lagi sedangkan kondisi para muslimin pada saat itu sangat lemah.

beliau mengajak hati2 umat Islam berhimpun dan memahami sebenar-benarnya apa yang di kehendaki oleh agama.


sedikit yang saya ingin kongsikan bagaimana imam syahid pada hari2 awal usahanya

bagaimana dia menghadapi pelbagai masalah2, tentangan, kekeliruan dan sebagainya. masalah sikap kaum muslimin, bagaimana beliau menghadapi/ menangani pecahan2 muslimin. dan pelbagai lagi masalah, namun beliau hadir dengan solusi dan pendekatan yang sangat tepat dan efektif

mungkin ini sedikit yang dapat saya ambil sudutan/subtopik dari sebuah buku yang cukup menarik saya kira

"fiqh ikhtilaf; perbezaan pendapat antara gerakan Islam yang dibenarkan dan dilarang" (tajuk bahasa melayu) hasil karangan Dr. Yusuf al-Qaradawi, di alih bahasakan oleh Hasnan Kasan, pensyarah pusat pengajian umum UKM .







Hassan al-banna dan fiqh ikhtilaf

Di antara para mujaddid dan tokoh Islam di abad sekarang, Imam Hassan al-Banna adalah orang yang paling mengetahui tentang fiqh ikhtilaf dan perlunya persatuan kalimat antara jamaah dan perlembagaan Islam.


Dakwah Hassan al-Banna muncul ketika umat ditimpa musibah perpecahandan perselisihan dan segala bidang, baik di Mesir ataupun negeri-negeri Arab dan Islam.


Dalam bidang politik, terutamanya selepas kejatuhan khilafah, muncul beraneka ragam “bendera”. Tidak lagi “payung” yang menghimpun umat Islam di bawah panji akidah. Usaha-usaha yang dikerahkan untuk menghidupkan khilafah atau memindahkannya ke negeri lain mengalami kegagalan. Akibatnya, muncullah panji-panji nasionalisme yang saling bermusuhan. Kemudian terbentuklah parti-parti politik yang sepakat untuk tidak sepakat sehingga diperalat musuh-musuh Islam untuk memecah belahkan ummat.


Di bidang pemikiran, muncul seruan “pembaratan” dan ajakan untuk mengikuti peradaban Barat dalam segala bidang (baik dan buruknya, pahit dan manisnya). Mereka menginginkan demokrasi liberal dan kapitalisme sebagaimana yang diterapkan oleh barat.

Di pihak lain, muncul orang-orang yang memeperjuangkan sosialisme atau komunis.

Ada juga orang yang menyeru kepada uzlah (pengasingan diri) daripada peradaban Barat serta menyelamatkan diri daripada keburukannya dengan menutup semua jendela.

Di dalam bidang agama, terdapat berbagai barisan yang masing-masing mempunyai orientasi tersendiri.

Ada barisan Al-Azhar dengan mazhabnya yang empat dan perselisihan para ulama’nya berkaitan masalah ijtihad dan taqlid.


Ada barisan tasawuf dengan beraneka macam tarekat, syaikh dan para pengikutnya yang banyak tersebar dalam lapisan masyarakat.


Ada barisan jamaah-jamaah Islam yang juga beraneka ragam: seperti Jamiah Syariah, Jamiah Ansorus Sunnah, Jamiah Syubbanul Muslimin, Syababu Sayyidina Muhammad dan sebagainya.

Semenjak ustaz al-Banna memulai dakwahnya di Isma’iliyah, perpecahan dan perselisihan itu telah berkembang di kalangan jamaah-jamaah Islam, terutama antara kubu Salafiyyin dan kubu Sufi. Perpecahan dan perselisihan ini di bawa masuk ke dalam masjid, sehingga orang-orang yang solat berpecah menjadi dua kelompok yang saling mencela dan tidak mahu berjemaah di belakangnya bahkan hingga saling mengkafirkan. Hal ini yang membuatkan Imam al-Banna “meninggalkan” masjid. Beliau mengalihkan perhatian kepada jemaah lain yang bebas daripada “kuman” tersebut, sekalipun dari segi ketaatan agamanya agak kurang, iaitu orang-orang yang ada di dalam berbagai perkumpulan, warung kopi dan sebagainya.


Dalam menghadapi masalah perselisihan ini, Imam al-Banna telah mengambil langkah yang sangat bijaksana dan baik dari segi pemikiran dan agama. Beliau tidak menolak secara mutlak apa yang dikatakan oleh puak nasionalis, tetapi menerima sebahagiannya dan menolak sebahagian yang lain berdasarkan “kriteria” yang diambil dari Islam itu sendiri.


Beliau menerima di antara pengertian “nasionalisme” yang tidak bertentangan dengan Islam, sebagaimana dijelaskan dalam Risalah Da’awatuna.


Tetapi beliau memberikan perhatian besar terhadap perselisihan dalam masalah agama. Masalah ini dibahaskan dalam berbagai risalahnya. Bahkan beliau merumuskan “Dua puluh prinsip” agar dijadikan batas minimum bagi jamaah-jamaah Islam yang memperjuangkan Islam untuk menggalang persatuan. Oleh sebab itu, beliau meninggalkan sebahagian masalah tanpa memberikan “keputusan” yang muktamad seperti dalam masalah tawasul, tatacara peribadatan dan sebagainya, kerana menginginkan persatuan barisan dan kalimat.


Itu sebabnya, mengapa seluruh perhatiannya dicurahkan kepada masalah-masalah besar bukan kepada masalah-masalah kecil. Kerana yang pertama akan membuahkan persatuan sedangkan yang kedua mengakibatkan perpecahan.


Barangkali perlu kami titipkan di sini apa dikemukan oleh Imam al-Banna di dalah risalah Da’watuna dengan sikap dakwah terhadap perselisihan agama. Risalah ini menunjukkan kefahaman yang mendalam, pandangan yang tajam dan keinginan penulisnya sejak awal dalam membina bukan menghancurkan, menghimpunkan, bukan memecah belahkan.

Imam al-Banna rahimahullah berkata;


“Kini saya akan berbicara kepada anda tentang dakwah kita berkenaan dengan perselisihan keagamaan dan perbezaan pendapat tentang mazhab-mazhab.”


الصحوة الإسلامية بين الاختلاف المشروع و التفرق المذموم
FIQH IKHTILAF; perbezaan pendapat antara
gerakan Islam yang dibenarkan dan dilarang
bab penutup (bab terakhir)
Dr.Yusuf al-Qaradawi
As-Syabab Media
cetakan oktober 2003 (versi B.M)


Jumaat, 15 Januari 2010

Qiyadah dan Jundi



Sekian masa berlalu, kita menghadapi sekian tantangan2 dakwah dan tarbiyah. Dari tingkatan pembinaan fondasi (basement) sehingga dakwah kita kian melebar dan membesar, individu2 terus dicetak dan dicetak, sehingga membentuk sebuah rangkaian individu/du’at yang besar.

Kita bakal menghadapi cabaran berbeza di setiap tingkatannya, bila mana kita sudah semakin membesar juga ada ujiannya. Lebih2 lagi hal yang pasti terjadi ialah berlakunya perbezaan pendapat, wujudnya gerakan2 Islam yang pelbagai, dan sebgainya. Kerana apa? kerana kita punya penilaian dan cara pandang pada masa depan yang berbeza berdasarkan al-Quran dan sunnah.

Jadi bagaimana kita mampu melihat dan bersikap dengan semangat kekitaan ini dengan baik agar tidak berlaku hal2 yang membawa luka pada umat, malah kenderaan dakwah yang sedang sama2 kita naiki ini terus melaju kencang, sekencangnya?

Agar tidak ada masa yang kita rugikan di tengah2 perjalanan seperti timbulnya perdebatan2 yang tidak membawa penyelesaian, sebaliknya sakit hati. Perbincangan2 yang tidak praktikal. Pengembangan yang tidak stabil. Renggang masa vakum dari aktiviti tarbiyah, tragedi kebekuan, futur dan kering hati dari membesarkan ALLAH azza wa jalla dalam kehidupan.

Menurut pemerhatian dan setakat semampu saya teliti, beberapa aspek yang perlu kita singkapi dan tatang dengan baik, agar kita berupaya membawa masyarakat muslimin ini ke tempat sebenarnya ia berada. Mencari titik temu, dan menjauhi sisi2 perselisihan.

1. Memelihara aspek keaslian tarbiyah
-apa yang saya maksudkan adalah bagaimana tarbiyah/pembinaan itu harus mempunyai keberterusan/ berkesinambungan sehingga sampainya kita kepada maksud tarbiyah itu, apa buahnya, apa nilai2nya yang hendak dibina, bagaimana tarbiyah menjadi satu2nya jalan penyelamatan umat.

Ia tidak boleh ala-kadar atau asal ada

Semua ini harus tidak di lekakan malah difahami dengan baik. Jangan kerana kita ingin merealisasikan beberapa cita2 jamaah sehingga struktur rijal-rijal yang paling bawah kebingungan. Akhirnya, ramainya kita hanyalah sebuah penyertaan/keahlian/pengumpulan semata-mata, tidak mampu hadir memberikan solusi/manfaat kepada masyarakat kaum muslimin.

2. Aspek ukhuwah
-ukhuwah adalah perkara kedua yang rasulallah tekankan setelah keimanan

Apa yang saya maksudkan dengan ukhuwah adalah kesediaan individu2 untuk bersama kita, memahami jalan dakwah ini, memahami kepentingan tarbiyah, perlunya kita memperbaiki diri dan mewarisi keadaan yang lebih baik untuk hari esok. Kita harus sangat menghargai kesediaan mereka untuk mendengar dan memahami sehingga berbuahnya amal. Kerana, bukan senang mengumpulkan sejumlah hati-hati untuk tunduk kepada keimanan dan percaya dengan sunguh2 kepada sesuatu yang belum kita nampak hasilnya dalam masa yang sama mengorbankan kepentingan2 invidualistik yang lain (masa lapang, wang, tenaga, perasaan).

Jangan sampai kita membuat sesuatu keputusan sehingga beretakan ikatan, membuatkan mereka putus asa dengan jalan keimanan. Sungguhpun hal itu sebuah kebenaran, kita perlu lebih bijak membuat penilaian, strategi2 untuk mempersiapkan kefahaman dan psikologi, secara teknikal mahupun taktikal.

Bukan senang mengajak orang, Rasulallah manusia yang paling mulia dengan akhlaknya juga merasai keperitannya.

Ada seorang al-akh dari Indonesia,selama 2 tahun dia membawa sebuah halaqah, akhirnya, semua anak halaqah minta berhenti dari halaqahnya dan tidak mahu ikut lagi. Sukar bukan?

Jadi, kita perlu melihat secara luas setiap segala keputusan yang kita lakukan, apa kesannya, apa cara2 nya untuk merealisasikan keputusan itu, yang mana paling sesuai, bila, dan bagaimana persediaan mental, iman, kefahaman fikrah?

3. Aspek masa depan
Ini saya rasakan titik terpenting dalam kita berharakah.

Semua mencita-citakan dunia ini kembali di sinari cahaya keimanan, terang benderang. Kegelapan hari ini bakal diganti dengan cahaya mentari harapan manusia seolah2 malam di gantikan dengan siang.

Untuk itu:
a. Perlu ada persiapan untuk bergabung.

Kita semua bakal melebur dan akan menjadi satu.

Yang saya maksudkan adalah persiapan mental dan kesiapan psikologi

PAS, ISMA, JIM, HALUAN, ABIM, Tabligh, MSM, dan lain2 adalah entiti yang tidak kekal, yang kekal hanya ISLAM dan para muslimin dan gaya dakwah ala-ikhwan (manhaj nubuwwah). Satu masa nanti, semua bakal menyatu. Soal bila dan bagaimana, kita serahkan pada qiyadah2 kita, insyaALLAH mereka sedang merancangkan yang terbaik.

Semangat gengsi (assobiyah) itu wajar untuk meletakkan kita dalam ketaatan pada pemimpin, tetapi semua itu akan selesai/tunduk dengan “sibghatalloh” / celupan ALLAH / celupan robbani. Kerana kita punya kesatuan Ilah; ALLAH, kesatuan Qudwah; Rasulllah, kesatuan panduan; al-Quran, dan kesatuan tujuan dan cita2 ; Ustaziatul ‘alam

Di sini perlunya peranan tarbiyah yang sebenar-benarnya bahawa kita berbuat bukan kerana jamaah, tetapi hanya kerana untuk mendapatkan keredhaan dan kedudukan yang lebih baik di sisi ALLAH. Kita bebahagia apabila kalimat ALLAH di tinggikan dan kita tidak merasa selesa apabila di perlekehkan, dan kita tidak kecewa andainya yang menjadi “superhero” itu adalah bukan kita, yang pasti, setiap dari kita mempunyai ganjaran2 selayaknya di sisi ALLAH sesuai dengan usaha.

b. Persiapan amal jama’ie
apa yang saya maksudkan adalah persiapan dakwah dan tarbiyah, persiapan pengorbanan, kesanggupan dan kefahaman tentang jalan yang kita lalui, apa marhalah2 nya, apa manhajnya, bagaimana perjalanan hingga ke akhirnya.

Siapapun anda, kumpulan mana sekalipun, pasti kita harus mengikut rujukan terbaik kita, Rasulallah dan para sahabat, dan di “revise” kan semula oleh dakwah al-ikhwan.

Harapnya, bila di seru kepada mereka “dakwah!”, mereka tahu apa yang harus dilakukan. Itu sudah cukup sangat baik.

Kalau tidak ada faham yang baik, menyeluruh dan wasotiyyah, akan hanya berlaku sentimen emosi, pening dan keliru dengan matlamat dan eggan tunduk, sentiasa melihat pada kelemahan dan perbezaan.

Jangan di besar-besarkan dengan siapa kita bersama sehingga nilai2 pembaikan langsung tidak terbina. Tetapi kita harus melihat pada hasilnya dan kualiti yang terbina.

Jadi selesaikan pembinaan sehingga akhirnya setiap dari kita memahami dengan baik, dan biiznillah, kita akan bersama-sama menyusun bata ini dari peringkat paling bawah, ke batu-bata terakhir yang paling atas.













Ikhwahfillah,


Keimanan kita, ibadah kita, akhlak kita, dakwah dan tarbiyah kita satu masa nanti akan memasuki fasa menguasai. Ya, menguasai bukan lagi dengan senjata moden, kita bakal menguasai eropah, akan menguasai asia timur, akan menguasai benua amerika utara dan amerika latin. Islam yang kita tegakkan dalam diri setiap al-akh akan membuahkan kemakmuran, afrika menjadi negara2 maju, negara2 kaum muslimin menjadi negara2 terbersih. Kita bangunkan sistem pendidikan dengan penuh semangat kehidupan, yang bukan sahaja menghidupkan akal tetapi jiwa. Kita akan menguasai market dunia dengan “kita menghasilkan dan kita guna” kerana kuasa beli kita terkuat denagan jumlah yang muslimin yang ramai serta sebahagian negaranya kaya-raya dengan hasil bumi. Para pemimpin kaum muslimin adalah mereka yang tunduk pada yang lebih berkuasa darinya, yakni ALLAH, reaksioner, dan peduli setiap suara. Masyarakatnya pula punyai arah kehidupan, iaitu akhirat, maka, mereka akan tenang2 sahaja kerana mengetahui semua ini hanya sementara. Kita akan menjadi struktur terkuat di muka bumi dengan hanya sistem pembinaan manusia kita yang terbaik, setiap dari kita dicetak dan mencetak individu sesuai dengan rujukan terbaik kita, Rasulallah dan golongan awwaluun solafussoleh (generasi sahabat)

Semua ini akan berlaku sedikit masa lagi mengikut proses dan melalui sunnatullahnya.




“ya ALLAH ampuni aku, dan berikanlah aku kekuatan hidayah dan taufiq untuk berbuat, dan janganlah engkau masukkan aku dari golongan orang2 yang celaka”

Selasa, 12 Januari 2010

tarbiyah kita dan solafussoleh




tarbiyah kita dan salafussoleh


tiga kerangka tarbiyah salafussoleh (generasi awal yang soleh), adalah sekitar

1)Al-Quran manhajul hayat
2)ar-Rasul qudwah
3)madrsatul hayat

Mendekati al-Quran dengan hati, akal dan amal, keperihatinan yang mendalam, kesiapan untuk mengamalkan dan penghormatan yang penuh sebagai Qalam ALLAH, telah menjadikan mereka kekuatan perubah yang tercepat yang pernah dikenal sejarah.

Sebaik sahaja turun surah al-Muzammil, setahun penuh mereka berdiri malam sampai menderita kerana kepenatan fizikal yang berat.Hanya kerana kasih sayang-Nya semata-mata, ALLAH kemudiannya menurunkan bahagian terakhir surah untuk meringankan beban mereka.

Apa yang dihasilkan?

Hati yang paling lembut, semangat yang paling tinggi, pengorbanan yang paling tulus, ukhuwwah yang paling hangat, pengabdian yang paling ikhlas dan seterusnya.


dipetik dan diedit ke 'slang' malaysia dari
bab 56: 'Tarbi Mania'
WARISAN SANG MURABBI:
pilar-pilar asasi
(alh) KH Rahmat Abdullah




kalau di tanya bagaimana selayaknya kehidupan kita?
bagaimana berISLAM yang paling tepat?
bagaimana bergerak (berharakah)?

maka kita tiada pilihan kecuali kembali kepada golongan awwaluun
generasi awal
sebuah karya seni, cetakan nubuwwah dan rabbaniyyah


saya ingin menarik sedikit perhatian kita pada sebaris kata2 Dr.Asri baru2 ini di wacanaperdana:ISLAM, realiti dan harapan

"kita mesti mempunyai gambaran yang jelas bagaimana negara ISLAM yang kita perkatakan pada hari esok....."





kita mesti jelas bagaimana sikap masyarakat ini, bagaimana akhlaknya, bagaimana keimanannya, bagaimana himmah (semangat) nya, kecenderungan nya, kecintaannya


maka, tidak dapat tidak, kita harus kembali kepada para generasi solafussoleh (para sahabat)


inilah faktor kejayaan paling utama dan pertama
dan "generasi sahabat" abad 21 tidak akan muncul secara tiba-tiba

Ahad, 10 Januari 2010

buta dan pekak, tapi x bisu


Kadang2 dalam menegur
Kata2 kasar dan keras mendahului berkata lembut
Berdebat mendahului berbincang
Sakit hati mendahului lapang dada

Kadang2 dalam meluruskan kesalahan
Menyuruh mendahului mengajak
Berteori mendahului berbuat

Kadang2 dalam memperbetulkan orang
Yg ditanya dahulu “…kenapa x begini”
Tetapi jarang kita ambil tahu “…mengapa dia berbuat begitu”




Menyampaikan harus dengan akar kebenaran
Tetapi menerima tidak cukup sekadar ia “kebenaran”, tapi kering tanpa mengalir hikmah ke dalam relau jiwa

Jumaat, 1 Januari 2010

2010

salam alaykum

kita baru sahaja berada di muka pintu 2010 dan tidak lebih jika saya katakan awal perjalanan 1431H

walaupun harinya sama berbanding hari-hari lain dalam setahun, namun secara psikologis nya pasti kita merasakan sedikit kesegaran, siapapun merasakan ingin lebih baik walau dalam aspek apapun pada awal tahun baru ini, kerana sesungguhnya itulah fitrah.

memang kita mengimpikan pembaikan, kehidupan yang lebih baik, kita mengimpikan kesejahteraan, kerana "default programming" kita memang ingin merasakan sejahtera, tenteram, aman, adil dan bahagia.

tetapi terkadang mungkin sudut pandang kita pada kesejahteraan itu berbeza, mungkin kita tidak tahu sebenarnya di mana titik kebahagian dalam kehidupan, maka kita memerlukan sebuah "sistem nilai" (bak kata dr. amin senin) agar semua yang melalui kehidupan kita ini, samada didengar, dilihat, dirasa, dialami menjadi penilaian pada diri kita.

maka, jangan pernah berhenti dari mencari "sistem nilai" itu, jangan kalah dan jangan mengalah.

inilah yang akan memberikan kita "kebebasan" (freedom) yang sebenar. bebas, sebebasnya. bebas di mana-mana.





NEW CHAPTER

saya mengharapkan sesuatu yang lebih baik pada tahun ni; optimis dan realistik

tiada azam yang berjela-jela, cuma slogan ringkas; berusaha memperbaik dan lebih baik.

ada dua makenisme dari slogan saya, usaha merubah dan evaluasi pada perubahan

2 perkara ini harus kita perhatikan, azam dan evaluasi

kerana berapa banyak orang pada awal tahun baru ini berazam, tetapi berapa sedikit yang ingin mengevaluasi(membuat penilaian/assesment) dari tahun lepas

bak kata steve job (CEO apple), kehidupan ini seperti menyambungkan dot-dot (latihan sewaktu tadika), tanpa kita melihat ke belakang, kita x mampu menyambungkan titik ke depan... (link)

bak kata hassan al-banna, kita adalah mimpi2 kita hari semalam, kita pada hari esok adalah mimpi kita pada hari ini

kata ALLAH azza wa jalla
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَلۡتَنظُرۡ نَفۡسٌ۬ مَّا قَدَّمَتۡ لِغَدٍ۬‌ۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ


Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan untuk hari esok (di dunia dan hari akhirat) dan (sekali lagi diingatkan): Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.
al-hasyr(59);18






jadi saudaraku yang mulia, ayuh kita duduk seketika minum kopi
menconteng sebaris dua dari kurang lebih tahun lepas2

dan kemudian, kita berangkat...