Isnin, 24 Mac 2014

Kisah Keikhlasan Daie Super

Bismillah...

Tadi saya sempat bertemu dengan seorang ikhwah lama, lalu kami bercakap tentang beberapa noktah2 kenangan lama sewaktu di Malaysia. Lalu, termasuklah topik tentang murobbi nya dahulu, yang umum dikenali oleh kami.

Dia menatakan betapa besarnya kesan akh tersebut pada dirinya sepanjang menjadi murobbi. Lalu, saya bertanya pada dia, saya sering terdengar tentang akh ini, disebutkan oleh beberapa ikhwah yang saya bertemu sebelum ini, apa sebenarnya kehwbatan, kewibawaan yang ada pada akh ini sehingga namanya sering disebut-sebut.

Setelah beberapa ketika...
"Hmmm... ana tak tahulah... nak kata dia pandai bercakap, dia ni cakap tak de lah sedap sangat... Cuma ana rasa keikhlasan dia dalam berdakwah... Dia datang dari jauh, dari UTP ke DQ untuk buat usrah... Mungkin tu yang menyebabkan kata-kata nya mudah menyentuh hati..."

Ting!
keyword IKHLAS

Biasa dengar, tapi betapa dalamnya makna yang belum kita selami dan rasai... Balik dari pertemuan itu, saya terfikir, ikhlas yang bagaimanakah itu? Apakah caranya untuk meraih keikhlasan sebegitu? Apakah tanda-tanda nya? Berapakah harga yang harus dibaar untuk meraih ikhlas yang sebegitu rupa?

Jumaat, 14 Mac 2014

Tarbiah, dan kawasan larangan diri sendiri


Sebuah kata-kata emas dari almarhum Ustaz Rahmat Abdullah;


"Seonggok manusia terkapar, siapa yang mengaku bertanggungjawab....
Biarlah saya yang menanggungnya semua atau sebahagian...."


Bila kita di saat jatuhnya iman, itulah saatnya untuk kita keluar melihat masyarakat, melihat kehidupan kawan-kawan dan masyarakat sekeliling. Melihat alam. Melihat orang tua dan muda. Mudah-mudahan iman yang jatuh itu segera bangkit apabila melihat banyaknya tanggungjawab atas syahadah yang kita ungkapkan. Dan mudah-mudahan, hati kita mampu mensyukuri betapa banyaknya kelebihan, kesempatan, nikmat dan rahmat ALLAH ke atas kita. Mungkin kesibukan kita dengan kehidupan berulang-ulang telah menyebabkan kita lesu, dan pandangan hati semakin kabur.

Dialog

"anta nanti balik ke malaysia nanti, jadilah murobbi... albanna pun sebut, labudda al-akh itu adalah murobbi..." sentak ahmad memecah topik minum petang mereka.

"entah la mad, ana tak boleh la, sekarang pun ana sibuk, pelajaran tak stabil... tarbiyyah diri pun, banyak benda lagi ana nak kena settle..." abu membalas lemau.

"hmmm..." ahmad termenung.

------------------------------------------------------------------

Bila kita akan tidak sibuk? Bila tarbiyyah kita selesai? Semua itu hanya akan terhenti bila kita masuk ke dalam liang lahad saja. Kita selamanya tidak akan tenang dicoba oleh dunia ini selagimana nyawa tidak sampai ke kerongkong.

Dalam surah aali imran ayat 14 dan surah alhadid (57) ayat 20, betapa indahnya ALLAH taala menyusun ayat-ayat berdasarkan keasyikan yang sering menipu manusia tahap demi tahap dalam kehidupan seharian.

surah aali imran; mula-mula sebelum kahwin cinta wanita, kemudian anak-anak pula, kemudian cintakan tempat tinggal, kemudian harta pula dan sekian sekian. (sila rujuk)

surah alhadid: mula-mula hidup di dunia ini, masa muda suka permainan, kemudian benda-benda buang masa, kemudian tua sedikit, 40-an, minat perhiasan pula, 50-an minat benda bermegah-megah pula dan demikianlah seterusnya. (sila rujuk)

Sambil bila?

Sambil bila kita akan sempurna, aman? Dunia inilah daarul ibtilaa'... Negeri Ujian

Kekikiran

Bila ingat pada ayat-ayat almarhum ustaz rahmat dan masyarakat yang kita lihat seepas kita kita keluar dari "gua" kejatuhan iman kita; masyarakat kita yang jauh dari Quran,jauh dari kehidupan salafussoleh, yang leka dengan remeh temeh dunia. Nampaknya, kita tidak sempat lagi mengadu masalah-masalah peribadi itu ini yang tidak berkesudahan. Masalah para daie adalah masalah satu dunia ini. Masalah para daie adalah masalah dunia yang akan dia tinggalkan hari esok, masalah generasi sesudah dia pergi.

Dia mengetahui, inilah masa dia mengungkapkan
"Selamat tinggal wahai kehidupan yang remeh temeh lagi menipu..."

Berlalulah zaman dibelenggu perasaan malu, malas, takut dengan apa orang kata, berfikiran negatif...
Berlalulah masa untuk terasa dengan kawan-kawan sebab itu ini, ditinggalkan kekasih, perasaan "jangan kacau hidup aku", perasaan "aku nak berehat". Perasaan mahukan perhatian dan pujian seperti kanak-kanak kecil. Perasaan iri hati, dengki seperti orang-orang yang gagal dalam hidup.


Sekarang adalah masa berjiwa besar.


Bila kita faham apa ALLAH tuntut dari syahadah yang kita sebut setiap hari.
Dan apabila kita faham alam ini milikNya, ALLAH berkuasa terhadap sesuatu, dan adanya rahsia-rahsia dan taqdir-taqdir yang tidak terjangkau mata dan akal kita. Maka kita buat dan berserah. Kita mohon ampunan dan kita terus beramal soleh. Dan kita amat amat sangat yakin bahawa ALLAH tidak akan mensia-siakan kita, ALLAH akan sentiasa memperhatikan (attaubah (9); 105) dan mempersiapkan yang terbaik untuk kita dunia dan akhirat.




"Barangsiapa yang mahun mencari kehidupan, carilah makna hidup dalam jihad dan syahadah"

-ustaz syamil esa, isma-mesir-