Sabtu, 21 November 2009

biar gagal


kadang2 kita kena biarkan binaan/mad'u/mutarabbi/org yang kita nasihati untuk gagal


kita kita pun seharusnya berani untuk "mencuba gagal"

tidak susah, hanya sekadar melakukan sesuatu luar dari kebiasaan,
atau tidak melakukan apa2

banyak benda yang bakal kita pelajari


begitu juga dalam halnya berkenaan amal islami, terutama dalam soal dakwah,
mencuba untuk gagal sangat penting, wajar dan sangat membutuhkan

kita boleh sahaja berteori itu ini, tetapi, amal yang praktikal dengan amal di atas kertas, sangat jauh bezanya, seperti sehelai pelan dengan sebuah rumah yang telah terbina.

berbeza bukan?


rasulallah juga pernah membiarkan kegagalan berlaku, membiarkan para sahabat untuk gagal

seperti yang berlaku pada perang uhud

1.awalnya, rasulallah tidak bercadang untuk keluar dari Madinah apabila sahaja baginda mengetahui segemborolan kaum musyrik seramai 3000 orang, tidak termasuk bantuan dari puak ahabisy(sekutu quraisy) datang untuk membalas dendam kekalahan mereka pada perang badar yang lalu.

2.pada pendapat Rasulallah, cukup sekadar untuk bertahan di madinah.

3.namun, sebahagian kaum muslimin bersemangat untuk keluar dari madinah dan memerangi para musyrik di tempat perhimpunan mereka di tengah2 wadi menghala ke bukit uhud.

3.kebanyakan dari kaum muslimin yang tidak sabar itu adalah golongan yang tidak berkesempatan menyertai perang badar.

3.akhirnya Rasulallah beralah dengan pendapat mereka,
baginda masuk ke dalam rumah, memakai baju perisai, memegang tombak, dan menggalas perisai di belakang baginda, lalu baginda keluar menemui para muslimin.

4.mereka yang mencadangkan untuk berperang di luar madinah tadi telah kesal kerana takut2 telah memaksa baginda melakukan keputusan bertentangan dengan pendapat baginda.

5.lalu mereka berkata, maksudnya;
"kami tidak seharusnya menyalahi pendapat kamu.oleh itu buatlah apa yang kamu mahu, atau kami duduk di sini sekiranya kamu mahu."

6.maka sang Rasul menjawab,
"tidak wajar bagi seorang nabi, apabila dia memakai bagju perisainya untuk menanggalkannya semula, sehinggalah ALLAH memberikan hukuman antaranya dan musuhnya."

7.kemudian rasulallah keluar dari madinah bersama para muslimin dengan kekuatan 1000 orang (sebelum kaum munafik berundur seramai 300 orang), ini termasuklah 100 tentera berbaju perisai, dan 2 pahlawan berkuda. menuju ke bukit uhud, 2 batu dari madinah.



lihat!
sang Rasul yang terbebas dari sebarang dosa,di beri kelebihan mukjizat, dan mendapat wahyu dari ALLAH secara langsung, mungkin sahaja dapat membaca apa yang bakal berlaku.

hakikatnya, pendapat rasulallah sahaja sudah cukup, kerana beliau seorang nabi sangat berbeza tarafnya berbanding manusia biasa, tambahan pula nabi kita ini adalah manusia yang terbaik yang pernah di lahirkan di muka bumi.

namun ada dua hal yang bisa kita jadikan pelajaran (setakat yang ingin saya sampaikan):

1.kebebasan bersuara:
rasulallah membangunkan potensi nilai keyakinan dan semangat saling memperbaikkan antara satu sama lain.setelah pendapat kita di terima, kita memohon ampunan dari ALLAH andai pendapat kita menemui kegagalan atau membebani para saudara kita.

andai kata pendapat kita bertentangan dan tidak di terima, maka segera kita siap menundukkan keegoan, dan mnyerahkan keputusannya kepada ALLAH.

seorang ketua yang sangat menghargai orang2 di sekelilingnya.

2.kadang kala kita perlu membiarkan mutarabbi/mad'u kita untuk melakukan kesilapan setelah kita memberikan nasihat2 yang sewajarnya untuk dia membuat penilaian.

akan banyak nanti yang dapat di pelajari, bukan sekadar pengalaman gagal, tetapi rangkaian2 pelajaran yang lain.

pelajaran itu bukan dari kita, tetapi tidak lain dari ALLAH sendiri yang sedang mendidik hamba2 nya yang ikhlas untuk menerima pelajaran.






ketahuilah, ALLAH melihat pada apa yang telah kita persiapkan dan kita usahakan, bukan pada gagal atau berjayanya. namun, gagal atau berjayanya adalah sekadar evaluasi untuk kita meningkatkan lagi kualitas dan kuantitas amal kita.





pastikan, landasan tetapnya adalah ikhlas



(gambar hiasan:contoh punca kegagalan pelajar sekolah dalam perperiksaan)

Tiada ulasan: