Jumaat, 4 Mei 2012

returning

akh A; akhi, macam mana untuk kita tahu yang dosa yang kita telah diampunkan oleh ALLAH?

akh F; wallahua'lam, ana x tahu, tapi dr.yusuf qardhawi ada tulis sebuah buku berkenaan taubat....
(kerdip2 mata)
dia kata, antara tanda2 nya, kita tidak ada lagi perasan kepada dosa tu, atau untuk kembali kepada dosa itu... maknanya hati nta dah tak nak dah dan x rasa apa2 interest pun lg terhadap dosa tersebut




يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ تُوبُواْ إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحاً


Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yg x akan ulangi lagi dosa itu).....




عَسَى رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَـتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّـتٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا الاٌّنْهَـرُ


.....mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai


surah tahrim (66); 8

Jumaat, 13 Januari 2012

FB#2; siapa dulu?

Rasulullah SAW pernah bersabda;

“Man sanna sunnatan hasanatan, falahu ajruha wa ajru man ‘amila biha ila yaumil qiyaamah”


Sesiapa yang memulakan sesuatu kebajikan, maka untuknya pahalanya dan pahala sesiapa yang mengikutnya hingga ke hari kiamat.

Selasa, 10 Januari 2012

5tahun di atas jalan; para penyeru


1. Kehidupan sebagai seorang penyeru (daie) adalah satu peringkat dalam perjalanan tarbiah seorang akh mukmin yang soleh

2. Pada saat itu, setiap sisi (janib)/perbuatan dalam kehidupan kita adalah dakwah

3. Kalau cacat perkara lain kerana dakwah, itu bukanlah dakwah (dakwatullah); kerana dakwah itu suci dan agung

4. Dakwah milik ALLAH, ia semata-mata anugerah dan pemberian ALLAH kepada seorang hamba

5. Untuk angkat hambaNya itu ke tempat yang lebih tinggi

6. Dakwah hanyalah urusan/jual beli ALLAH dengan hambaNya

7. Untuk membeli dakwatullah, perlu dengan jiwa, jasad, wang, masa; dengan segenap pengorbanan

8. Kalaulah gelaran “dato” adalah pangkat dikalangan manusia, maka du’ah/da’ie (penyeru) adalah pangkat kemuliaan dan ketinggian dikalangan penghuni alam buana; kerana dia menyeru kepada sujud kepada Tuhan pemilik alam, tidak terpikul amanah ini oleh makhluk lain (berkecai gunung menerimanya

لَوۡ أَنزَلۡنَا هَـٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ عَلَىٰ جَبَلٍ۬ لَّرَأَيۡتَهُ ۥ خَـٰشِعً۬ا مُّتَصَدِّعً۬ا مِّنۡ خَشۡيَةِ ٱللَّهِ‌ۚ وَتِلۡكَ ٱلۡأَمۡثَـٰلُ نَضۡرِبُہَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ
Kalau sekiranya Kami menurunkan Al Qur’an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.
(hasyr (59);21)

9. Dakwah menjadikan kehidupan seseorang itu kaya dan panjang;
a)kaya kerna setiap inci unit kehidupannya sarat dengan nilai2 agung sehinggakan tidak akan pernah habis digali oleh manusia hingga ke hari kiamat; arrasul dan sahabah.
b)panjang kerna umur dakwah ini bermula sejak manusia pertama dihantar ke dunia (adam a.s)hingga manusia terakhir yang hidup di muka bumi.

10. ketahuilah sesungguhnya bahawa hujung jalan ini adalah syurga yang abadi






moga ia membara dan berdenyut hingga ke hujung perjalanan
#nota diri
kaherah, 12;31 a.m
10 jan 2012

Khamis, 22 Disember 2011

FB#1; jalan yg satu

jalan dakwah adalah jalan yg satu....
telah berjalan di atasnya rasulallah s.a.w dan para sahabatnya yg terdahulu.....
dan telah berjalannya para du-ah(org yg menyeru) dan kita berjalan di atasnya dengan taufiq dari ALLAH dengan nilai keimanan, amal, kecintaan, dan persaudaraan....
diserukan kepada mereka kepada keimanan dan amal kemudiaannya, mengumpulkan hati mereka atas cinta dan persaudaraan....
maka terkumpullah kekuatan aqidah kepada kekuatan kesatuan...
dan menjadilah perkumpulan mereka perkumpulan contoh tauladan yang mana mahu atau tidak pasti kalimah2 nya terzahir dan akan dimenangkan dakwah nya sungguhpun ditentang oleh manusia keseluruhannya...

-toriqudda'wah-
-mustafa masyhur-


bismillah, wassollatu wassalam a'la rasulillah

agak lama juga saya meninggalkan penulisan blog ni....
mgkin sbb dihambat dengan macam2 benda, atau malas nak menulis, atau bajet sibuk, atau facebooking...
cumanya skrg saya fikir utk kembali menulis 'penulisan pendek' tentang beberapa beberapa perkara/
lintasan hati/
qoute2 org yg telah mengubah rel sejarah/
pemerhatian/
catatan perjalanan-buku-pengalaman/
nota2/
gambar2/
dsb.

blog, ia lbh terbuka, kalau FB, friend je boleh tgk kan?

so, sekian
buat yg prihatin kepada saya
buat keluarga
buat rakan2 jauh, dekat, lama, baru.....


مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ‌ۖ
".....dari gelap kepada cahaya...."
(albaqarah;257)


-gelapcerah-
(moga boleh start tulis balik utk satu tempoh yg lama)

Sabtu, 20 Ogos 2011

photoshopping 2 ; FB profile pic



salam ramadhan,

seperti dijanjikan dalam post sebelum ini....
skali lagi barang lama, saya buat hampir sebulan yg lepas.... mgkin x guna utk tahun ini, boleh guna utk tahun depan...

hari ini saya akan ajar/buat palatau berkenaan "brush" dalam photoshop









bagi saya, komponen yg paling penting pada photoshop adalah "brush"
kalo x de brush, jangan panggil photoshop, panggil je microsoft word ke, atau apa sahaja yg disukai....

"brush" fungsi ni macam cop

kalau klik skali jd cop, kalu klik tanpa lepas dan drag, dia akan jadi benar2 brush di alam nyata

anda lihat yg tulisan2 khat dalam profile pic di atas, semuanya adalah "brush" dalam photoshop

biasanya, brush khat atau apa sahaja brush menarik (cloud, star) kita load sendiri, utk load dalam PS (photoshop) kena download dlu kat internet, ada free ada kna bayar, cari je yg free...

kalau ada kawan yang anda rasa dia ni mat PS, cuba tanya dia apa2 brush menarik dia ada


utk mulakan apa2 aktiviti dalam PS, yg paling lazimi
1.tajdid niat
2.BUAT LAYER BARU

setiap kali sebelum guna brush, saya nasihat setiap kali tu buat layer baru....

NEW LAYER>BRUSH

so, skrg saya x akan ajar utk guna brush, boleh test2 sendiri

tp, saya hanya akan bagitahu apa yg org telah bagitahu saya, dan kalau dia x bagitahu boleh jadi saya x tahu sampai bila2 dalam lipatan sejarah.....


mcm mana nak load brush yg telah di download

1. new layer
2. brush
3. klik ikon "brush" belah workspace (kotak2) kat kanan ;rujuk gambar
4. klik pd yg berjalur-jalur seperti pada anak panah ndi bawah
5. then, klik "load brush"


so, simple saja...

walau simple, brush ni sangat memberi kesan yg besar dalam hidup seorang photoshopper.... kalau anda lihat hasil profile pic yg terakhir, awan2 yg dibuat itu semua menggunakan brush


korang beli kad raya canggih2 yg masjid atas awan dan sbg nya kira kna tipu jugak lah
so, photoshopper bukan hebat mana, hanya perlu idea dan pengalaman


ok, selamat berpuasa
dan menburu lailatul qadr






sekian melaporkan.