Sabtu, 20 Ogos 2011
photoshopping 2 ; FB profile pic
salam ramadhan,
seperti dijanjikan dalam post sebelum ini....
skali lagi barang lama, saya buat hampir sebulan yg lepas.... mgkin x guna utk tahun ini, boleh guna utk tahun depan...
hari ini saya akan ajar/buat palatau berkenaan "brush" dalam photoshop
bagi saya, komponen yg paling penting pada photoshop adalah "brush"
kalo x de brush, jangan panggil photoshop, panggil je microsoft word ke, atau apa sahaja yg disukai....
"brush" fungsi ni macam cop
kalau klik skali jd cop, kalu klik tanpa lepas dan drag, dia akan jadi benar2 brush di alam nyata
anda lihat yg tulisan2 khat dalam profile pic di atas, semuanya adalah "brush" dalam photoshop
biasanya, brush khat atau apa sahaja brush menarik (cloud, star) kita load sendiri, utk load dalam PS (photoshop) kena download dlu kat internet, ada free ada kna bayar, cari je yg free...
kalau ada kawan yang anda rasa dia ni mat PS, cuba tanya dia apa2 brush menarik dia ada
utk mulakan apa2 aktiviti dalam PS, yg paling lazimi
1.tajdid niat
2.BUAT LAYER BARU
setiap kali sebelum guna brush, saya nasihat setiap kali tu buat layer baru....
NEW LAYER>BRUSH
so, skrg saya x akan ajar utk guna brush, boleh test2 sendiri
tp, saya hanya akan bagitahu apa yg org telah bagitahu saya, dan kalau dia x bagitahu boleh jadi saya x tahu sampai bila2 dalam lipatan sejarah.....
mcm mana nak load brush yg telah di download
1. new layer
2. brush
3. klik ikon "brush" belah workspace (kotak2) kat kanan ;rujuk gambar
4. klik pd yg berjalur-jalur seperti pada anak panah ndi bawah
5. then, klik "load brush"
so, simple saja...
walau simple, brush ni sangat memberi kesan yg besar dalam hidup seorang photoshopper.... kalau anda lihat hasil profile pic yg terakhir, awan2 yg dibuat itu semua menggunakan brush
korang beli kad raya canggih2 yg masjid atas awan dan sbg nya kira kna tipu jugak lah
so, photoshopper bukan hebat mana, hanya perlu idea dan pengalaman
ok, selamat berpuasa
dan menburu lailatul qadr
sekian melaporkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan