Selasa, 14 Mei 2013

Kemuliaan



ibadah (solat, zikir dsb nya), ketaatan adalah hadiah dari ALLAH

ALLAH bukan menyusahkan kita, tapi memuliakan kita dengan menundukkan kita kepada TUHAN yang mencipta setiap satu perkara di hadapan kita dan seluruh alam ini, TUHAN yang menciptakan zaman demi zaman, TUHAN yang menciptakan kehidupan dan kematian, TUHAN yang menciptakan tabiat dan hukum alam...

kalau tidak kepada TUHAN, manusia tunduk kepada nafsu dan syaitan...

ALLAH telah mengaitkan kita manusia yg tiada apa-apa ini dengan PENCIPTA yang maha tinggi, kalau bukan dengan PENCIPTA, maka kita terikat dengan kerendahan dunia dan makhluk

serendah2 orang beriman merasa terpaksa (dengan kewajipan), setinggi-tingginya merasa mulia , redho dan bergembira dengan ketaatan walau letih atau pahit

Isnin, 13 Mei 2013

Teori Relativiti Motivasi

Dalam ilmu psikologi.
Atau lebih khusus lagi, ilmu memotivasikan (orang atau diri sendiri), ada beberapa teori/prinsipel motivasi.

Saya ambil contoh;
1. maslow's motivation theory
2. expectancy theory
3. herzberg's theory

Dalam ketiga-tiga ini, hari ini saya sangat tertarik berkenaan teori yang dikemukakan oleh Tuan Ferderick Herzberg ini: HERZBERG THEORY OF MOTIVATION
Umum nya teori ini membahagikan 2 sumber motivasi; pertama, disebut "motivator", kedua disebut "hygiene factor"

Menariknya, hygiene factor tidak memotivasikan orang, tidaklah menyebabkan orang akan bertambah produktif dengannya, tetapi tanpa hygiene factor, prestasi seseorang akan merudum.
sebagai contoh; kekemasan tempat kerja, makanan bagus atau tak bagus, motosikal, baju yang cantik, biasiswa banyak atau sikit.

Sekali lagi; hygiene factor ini tidak menjadikan seseorang tu meningkat motivasi dan struggle-nya untuk mendapatkan sesuatu, hanya mengelakkan dia demotivator sahaja.

Manakala, motivator adalah sesuatu yang "dia kejar", "he work for it", "he do sacrifice and struggle towards it", sesuatu yang jiwa, emosi, fizikalnya menginginkan benda tu, menaruh harapan, menyebabkan motivasinya berubah, produktiviti, kecenderungan dan orientasinya berubah, memberikan kepuasan dan penyesalan. Pendek kata, apa yang berkenaan dalaman diri nya.

Ini yang menarik perhatian saya.

Selalunya, kita akan ada waktu pasang surut obsesi kita terhadap sesuatu.
Ibadah, dakwah, achievement... yang selalu surut nya bila kita tidak nampak benefitnya secara zahir nya, seperti solat dan sebagai. Sehinggalah kita membuat nya tanpa kita rasa ingin mendapatkan sesuatu darinya. Perbuatan hanya untuk lepas syarat dan rutin, bukan sesuatu yg nak di achieve.

Lebih particular lagi, saya nak sebut berkenaan; "Kita  dan baca Quran"

Cuba kita semak naik turun tabiat bacaan quran kita.
Mari kita buat ujikaji. Katakanlah, ambil 5 hari. Buat target (jangan terlalu mudah dan jangan terlalu susah).
Hari pertama, cuba baca, catatkan jumlah bacaan. hari kedua dan seterusnya, ulang.

Nah, cuba lihat sendiri, biasanya kita akan gagal mencapai target. Kita akan rasa, yah beratnya nak baca, kuliah lagi, nak buat itu lagi ini lagi, tup2 nak tidur...

Akhirnya saya mendapati satu sahaja kesimpulan, kenapa perkara ini berlaku?

Rupa-rupanya, kita tiada harapan pun pada setiap kali kita membaca Quran. kita tidak mengharapkan apa-apa pun kita dapat selepas kita baca sekian ayat. Kita tidak merasakannya pun ia sebagai bekalan dan penguat. Kita tidak mahu pun ambil pelajaran daripadanya. Akhirnya kita rasa sangat lah berat. Bila berat dan susah, sunat pula, tiada orang kisah pula, lalu apalagi; "semoga jumpa lagi wahai Quran"

Saya rasa, perkara sama juga berlaku kepada perkara-perkara lain yang melingkari kehidupan kita seharian.
Maka benarlah sebuah kata-kata yang bernas;

"Istiqomah hati itu lebih penting dari istiqomahnya perbuatan zahir"

....manusia menjadi hamba kepada apa yang dicintai.

Selasa, 13 November 2012

abah #1


setelah tok ayah saya meninggal tahun 1997, abah saya ketika itu sedang memeriksa kertas SPM(/STPM), lalu beliau bermusafir utk mencari ketenangan dan memeriksa kertas perperiksaan...

tahun 2009, mok  (emak kepada abah) pula meninggal, kata abah ketika itu "aku dah tiada siapa lagi di dunia"

"tiada siapa lagi" bermaksud bukanlah tiada manusia lain, tapi manusia-manusia utama dalam hidupnya telah pergi selamanya...

hampir 6 bulan lalu, saya sempat bersapa buat kali terakhir,
hari ini, sudah hampir 6 bulan sudah saya tidak mendengar suara abah...



bagaimana pula rasanya kalau sudah 10 tahun, 20 tahun tidak mendengar suara abah... apakah saya akan lupa suaranya, kata-katanya, nasihatnya?

Khamis, 9 Ogos 2012

wamakaru, wamakarALLAH.....

bismillah....

pesan saya buat diri dan abna' dakwah ini....

teruk apapun kondisi diri kita, samada kita telah futur dan menjadi orang yg lebih teruk dari diri kita sebelum ini, atau kita ditimpa masalah besar sehingga tak tertanggung mata dan bahu, atau ada dosa yg kita terus menerus lakukannya sehinggakan kita merasa berputus asa dengan diri serta merasa hipokrit....

cubalah bertahan, jangan sesekali kita meninggalkan dakwah dan tarbiayyah dan kelompok manusia yg beriman dengan jalan ini.... walaupun kita merasakan kita tidak layak atau kita tidak mampu.... kerana di sini lah banyaknya berkumpul anasir-anasir kebaikan yg mahukan kebaikan dan pembaikan.... bersabarlah betapapun lamanya..

teruk-teruk kita dalam tarbiyyah lebih baik dari kita teruk atau biasa-biasa berseorangan diri.....


ketahuilah,
bencana dari ALLAH yg berat bukanlah bila kita kehilangan sesuatu yg mahal, atau apabila kita di sakitkan, atau diuji kemiskinan, keluarga dan sebaginya.... tapi bencana dari ALLAH yg besar adalah bia kita tidak sedar bencana yg datang itu....

kerana dosa-dosa yang kita lakukan, ALLAH menyusun kehancuran dan kebencanaan kita....
kerana kelicikan dan keculasan kita dengan ALLAH, maka ALLAH mempersiapkan bencana yg besar dan panjang....
kerana tipu daya kita di hadapan dan belakang manusia, maka ALLAH mencabut nikmat2 nya secara terancang

wamakaru wamakarALLAH, wallahu khairul makiriin
"mereka membuat tipu daya, dan ALLAH membuat tipu daya, demi sesungguhnya, ALLAH sebaik-baik pembuat tipu daya"



kita takut, dengan berjauhnya hati kita dari tarbiyyah dan kelompok manusia-manusia ini adalah perancangan2 dari ALLAH yang sangat teliti dan panjang utk membinasakan kita....

Selasa, 10 Julai 2012

Productive Muslim in Cairo



last friday...


saya ke 'productive muslim programme' (PM)... buat pertama kalinya, walaupun sudah lama mendengar berkenaan PM, mungkin setahun atau dua tahun dulu... tidak lebih sekadar mengetahui sebagai website, dan baru ini saya expose diri saya dengan mereka, specifically, bro faris, PM founder

sebenarnya, minggu sudah, ada beberapa perkara menyebabkan rasa kurang selesa, mungkin exam atau mungkin berkenaan rutin-rutin kita jalani seharian menyebabkan rasa "jem", kadang-kadang kerana memendamkan ketidaksedapan rasa itu menyebabkan kita menempiaskan rasa negatif kita itu kepada orang sekeliling, ye lah bila rasa jem, biasanya mood kita kurang baik, kurang interaksi, rasa serba tak kena, lebih baik kita take time have a coffee, ambil masa bercakap dengan diri, tukar angin dan kita kembali ke rumah dengan ceria.... so then, saya ke PM pada mulanya hanyalah untuk solitude dan refreshment....

rite, sambung berkenaan PM, teragak juga sebenarnya untuk melabur LE 120 hanya untuk setengah hari... tapi saya let myself know, apa yg hebat sangat PM ni, selalu dengar orang cakap-cakap kat blog atau kat group2 FB...

and it ends with "wow"



PM was founded by a young, cool guy, bro faris on if i not mistaken 2006 or 2007... at beginning, it just only a training consultant company, which is do business in training the employees of company and so on. but then, with its unique approach and modernizing the teaching of main concept in islam which concern to ones daily-life, plus, its practical solution especially for muslim via its website and seminars, in a short time, PM ideas has been spreaded

this, one of an article i pick up from PM website;
analyze your time key your productivity

apa yang menarik, bro faris cuba untuk merevivekan teaching of islam ke dalam bentuk yg lebih modern tanpa mencairkan makna ISLAM itu sendiri... contohnya; mengislamikkan perkataan barat, dan membaratkan istilah islamik, saya bagi contoh, 'barakah' menggantikan happiness/kebahagian... dan bertaqwa digantikan sebagai productive... di cuba membumikan ISLAM itu dalam masyarakat di tempatnya, iaitu eropah...

contentnya mungkin sama dengan buku2 motivasi CEO-CEO terkenal, ataupun penulis-penulis yang hebat sepeti stephen covey dan sebagainya, namun yang menarik seolah-olah dia ingin menarik kita untuk lihat "look! dalam agama kita pun ajar benda ni, ALLAH dan rasul dah ajar benda ni pada para sahabat... dan itu contohnya sekian..sekian... dan itu hasilnya sekian.. sekian"

contoh yang saya ambil,melalui apa yg beliau sebut; most of CEOs in the great companies in the world(sony etc), bila ditanya apa rahsia kejayaan mereka, ramai yang akan menjawab, waking up early in the morning... sedangkan ALLAH s.w.t telah ajar lama dulu, untuk lahirkan sebuah ummat yang hebat, ALLAH menetapkan antara quality utamanya adalah bangun awal, dan dia mengatakan di UK, orang putih tertanya "hey muslim, how can you waking up everyday in the morning just for pray?"... ini menguatkan keyakinan kita bahawa segala syariat ALLAH kepada kita memberi makna yang besar dan pastinya adalah atas dasar kasih sayang nya, bukan untuk menyusahkan kita... memahamkan kita sebahagian rahsia-rahsia disebalik ubudiyah kita kepada ALLAH


productive = focus x energy


bro faris mengatakan betapa ruginya muslim hari ini, mereka ramai... sangat-sangat besar jumlahnya, namun mereka tiada output, kita akan melihat mereka di tepi2 jalan, ke sana ke mari dan bila ditanyakan kepada mereka apa output mereka hari ini? akhirnya "nothing", tiada ouput

menjadi produktif tidak bermakna kita menjadi the most busiest people in the world, tapi cukup kita melakukan sesuatu perkara dengan fokus dan tenaga dan menghasilkan output... bukan sahaja output di dunia namun outputnya di akhirat....
banyak lagi yg saya dari PM, saya rasa apa yg saya tulis ini hanya surface, kalau ada kesempatan untuk expose dengan mereka, ambil peluang... LE 120 mungkin bermakna untuk keseluruhan hidup anda...


so, akhiran.. (lintasan hati akhir)


1. sebenarnya kita boleh jadi apa saja yg kita mahukan, kerana ALLAH janji dalam alQuran, x akan berubah sesuatu kaum(empiriknya individu) itu kecuali dia ubah dirinya sendiri.. ayat lain, siapa yg berusaha di jalan kami (ALLAH), maka kami tunjukkan jalan2 nya.... usaha dan jaga hubungan dengan ALLAH, tiada apa mustahil... saya rasa semua masalah  boleh difikirkan penyelesaiannya selagi hidup
2. masalah terbesar kita dalam masalah dalaman, masalah mindset, masalah kita mengurus masa, mengurus prioriti
3. utk berubah, ia x perlu banyak, praktikal, dan ada progress... menjadi produktif bukan sebuah peristiwa yg tiba-tiba terjadi... bro faris kata, hanya perlu noted kan 3-5 perkara sahaja sehari yg perlu kita laksanakan, mana2 kebaikan lain yg sudah menjadi habit akan running dengan sendiri
4. tips utk berubah;21 hari utk suka sesuatu perkara, 60 hari untuk menjadi habit
5. bila kita mencuba dan gagal, buat lagi, jangan cepat give up dan tinggalkan.... kita mungkin ada 20,30,40 tahun lagi hidup... bulan kita tiada masa utk terus mencuba (melainkan ALLAH menetapkan sebaliknya)
6. kita sesungguhnya perlu membumikan agama ini semampu yg boleh, ALLAH telah memilih kita hidup di zaman ini, maka kita perlu menggunakan segala potensi zaman dan diri utk sampaikan kalimah dengan bahasa yg manusia fahami dan cara yg sampai kepada mereka... bukan semata-mata kelas2 dan sebagainya.
7. saya perhatikan, mana-mana trainer/motivator, perkara pertama yg dia beliau cuba sentuh dan perbetulkan adalah mindset
8.  zaman muda ni, ambil peluang untuk exposekan diri.. bina  pengalaman dan minda


thanks