Jumaat, 14 Mac 2014

Tarbiah, dan kawasan larangan diri sendiri


Sebuah kata-kata emas dari almarhum Ustaz Rahmat Abdullah;


"Seonggok manusia terkapar, siapa yang mengaku bertanggungjawab....
Biarlah saya yang menanggungnya semua atau sebahagian...."


Bila kita di saat jatuhnya iman, itulah saatnya untuk kita keluar melihat masyarakat, melihat kehidupan kawan-kawan dan masyarakat sekeliling. Melihat alam. Melihat orang tua dan muda. Mudah-mudahan iman yang jatuh itu segera bangkit apabila melihat banyaknya tanggungjawab atas syahadah yang kita ungkapkan. Dan mudah-mudahan, hati kita mampu mensyukuri betapa banyaknya kelebihan, kesempatan, nikmat dan rahmat ALLAH ke atas kita. Mungkin kesibukan kita dengan kehidupan berulang-ulang telah menyebabkan kita lesu, dan pandangan hati semakin kabur.

Dialog

"anta nanti balik ke malaysia nanti, jadilah murobbi... albanna pun sebut, labudda al-akh itu adalah murobbi..." sentak ahmad memecah topik minum petang mereka.

"entah la mad, ana tak boleh la, sekarang pun ana sibuk, pelajaran tak stabil... tarbiyyah diri pun, banyak benda lagi ana nak kena settle..." abu membalas lemau.

"hmmm..." ahmad termenung.

------------------------------------------------------------------

Bila kita akan tidak sibuk? Bila tarbiyyah kita selesai? Semua itu hanya akan terhenti bila kita masuk ke dalam liang lahad saja. Kita selamanya tidak akan tenang dicoba oleh dunia ini selagimana nyawa tidak sampai ke kerongkong.

Dalam surah aali imran ayat 14 dan surah alhadid (57) ayat 20, betapa indahnya ALLAH taala menyusun ayat-ayat berdasarkan keasyikan yang sering menipu manusia tahap demi tahap dalam kehidupan seharian.

surah aali imran; mula-mula sebelum kahwin cinta wanita, kemudian anak-anak pula, kemudian cintakan tempat tinggal, kemudian harta pula dan sekian sekian. (sila rujuk)

surah alhadid: mula-mula hidup di dunia ini, masa muda suka permainan, kemudian benda-benda buang masa, kemudian tua sedikit, 40-an, minat perhiasan pula, 50-an minat benda bermegah-megah pula dan demikianlah seterusnya. (sila rujuk)

Sambil bila?

Sambil bila kita akan sempurna, aman? Dunia inilah daarul ibtilaa'... Negeri Ujian

Kekikiran

Bila ingat pada ayat-ayat almarhum ustaz rahmat dan masyarakat yang kita lihat seepas kita kita keluar dari "gua" kejatuhan iman kita; masyarakat kita yang jauh dari Quran,jauh dari kehidupan salafussoleh, yang leka dengan remeh temeh dunia. Nampaknya, kita tidak sempat lagi mengadu masalah-masalah peribadi itu ini yang tidak berkesudahan. Masalah para daie adalah masalah satu dunia ini. Masalah para daie adalah masalah dunia yang akan dia tinggalkan hari esok, masalah generasi sesudah dia pergi.

Dia mengetahui, inilah masa dia mengungkapkan
"Selamat tinggal wahai kehidupan yang remeh temeh lagi menipu..."

Berlalulah zaman dibelenggu perasaan malu, malas, takut dengan apa orang kata, berfikiran negatif...
Berlalulah masa untuk terasa dengan kawan-kawan sebab itu ini, ditinggalkan kekasih, perasaan "jangan kacau hidup aku", perasaan "aku nak berehat". Perasaan mahukan perhatian dan pujian seperti kanak-kanak kecil. Perasaan iri hati, dengki seperti orang-orang yang gagal dalam hidup.


Sekarang adalah masa berjiwa besar.


Bila kita faham apa ALLAH tuntut dari syahadah yang kita sebut setiap hari.
Dan apabila kita faham alam ini milikNya, ALLAH berkuasa terhadap sesuatu, dan adanya rahsia-rahsia dan taqdir-taqdir yang tidak terjangkau mata dan akal kita. Maka kita buat dan berserah. Kita mohon ampunan dan kita terus beramal soleh. Dan kita amat amat sangat yakin bahawa ALLAH tidak akan mensia-siakan kita, ALLAH akan sentiasa memperhatikan (attaubah (9); 105) dan mempersiapkan yang terbaik untuk kita dunia dan akhirat.




"Barangsiapa yang mahun mencari kehidupan, carilah makna hidup dalam jihad dan syahadah"

-ustaz syamil esa, isma-mesir-

Selasa, 14 Mei 2013

Kemuliaan



ibadah (solat, zikir dsb nya), ketaatan adalah hadiah dari ALLAH

ALLAH bukan menyusahkan kita, tapi memuliakan kita dengan menundukkan kita kepada TUHAN yang mencipta setiap satu perkara di hadapan kita dan seluruh alam ini, TUHAN yang menciptakan zaman demi zaman, TUHAN yang menciptakan kehidupan dan kematian, TUHAN yang menciptakan tabiat dan hukum alam...

kalau tidak kepada TUHAN, manusia tunduk kepada nafsu dan syaitan...

ALLAH telah mengaitkan kita manusia yg tiada apa-apa ini dengan PENCIPTA yang maha tinggi, kalau bukan dengan PENCIPTA, maka kita terikat dengan kerendahan dunia dan makhluk

serendah2 orang beriman merasa terpaksa (dengan kewajipan), setinggi-tingginya merasa mulia , redho dan bergembira dengan ketaatan walau letih atau pahit

Isnin, 13 Mei 2013

Teori Relativiti Motivasi

Dalam ilmu psikologi.
Atau lebih khusus lagi, ilmu memotivasikan (orang atau diri sendiri), ada beberapa teori/prinsipel motivasi.

Saya ambil contoh;
1. maslow's motivation theory
2. expectancy theory
3. herzberg's theory

Dalam ketiga-tiga ini, hari ini saya sangat tertarik berkenaan teori yang dikemukakan oleh Tuan Ferderick Herzberg ini: HERZBERG THEORY OF MOTIVATION
Umum nya teori ini membahagikan 2 sumber motivasi; pertama, disebut "motivator", kedua disebut "hygiene factor"

Menariknya, hygiene factor tidak memotivasikan orang, tidaklah menyebabkan orang akan bertambah produktif dengannya, tetapi tanpa hygiene factor, prestasi seseorang akan merudum.
sebagai contoh; kekemasan tempat kerja, makanan bagus atau tak bagus, motosikal, baju yang cantik, biasiswa banyak atau sikit.

Sekali lagi; hygiene factor ini tidak menjadikan seseorang tu meningkat motivasi dan struggle-nya untuk mendapatkan sesuatu, hanya mengelakkan dia demotivator sahaja.

Manakala, motivator adalah sesuatu yang "dia kejar", "he work for it", "he do sacrifice and struggle towards it", sesuatu yang jiwa, emosi, fizikalnya menginginkan benda tu, menaruh harapan, menyebabkan motivasinya berubah, produktiviti, kecenderungan dan orientasinya berubah, memberikan kepuasan dan penyesalan. Pendek kata, apa yang berkenaan dalaman diri nya.

Ini yang menarik perhatian saya.

Selalunya, kita akan ada waktu pasang surut obsesi kita terhadap sesuatu.
Ibadah, dakwah, achievement... yang selalu surut nya bila kita tidak nampak benefitnya secara zahir nya, seperti solat dan sebagai. Sehinggalah kita membuat nya tanpa kita rasa ingin mendapatkan sesuatu darinya. Perbuatan hanya untuk lepas syarat dan rutin, bukan sesuatu yg nak di achieve.

Lebih particular lagi, saya nak sebut berkenaan; "Kita  dan baca Quran"

Cuba kita semak naik turun tabiat bacaan quran kita.
Mari kita buat ujikaji. Katakanlah, ambil 5 hari. Buat target (jangan terlalu mudah dan jangan terlalu susah).
Hari pertama, cuba baca, catatkan jumlah bacaan. hari kedua dan seterusnya, ulang.

Nah, cuba lihat sendiri, biasanya kita akan gagal mencapai target. Kita akan rasa, yah beratnya nak baca, kuliah lagi, nak buat itu lagi ini lagi, tup2 nak tidur...

Akhirnya saya mendapati satu sahaja kesimpulan, kenapa perkara ini berlaku?

Rupa-rupanya, kita tiada harapan pun pada setiap kali kita membaca Quran. kita tidak mengharapkan apa-apa pun kita dapat selepas kita baca sekian ayat. Kita tidak merasakannya pun ia sebagai bekalan dan penguat. Kita tidak mahu pun ambil pelajaran daripadanya. Akhirnya kita rasa sangat lah berat. Bila berat dan susah, sunat pula, tiada orang kisah pula, lalu apalagi; "semoga jumpa lagi wahai Quran"

Saya rasa, perkara sama juga berlaku kepada perkara-perkara lain yang melingkari kehidupan kita seharian.
Maka benarlah sebuah kata-kata yang bernas;

"Istiqomah hati itu lebih penting dari istiqomahnya perbuatan zahir"

....manusia menjadi hamba kepada apa yang dicintai.

Selasa, 13 November 2012

abah #1


setelah tok ayah saya meninggal tahun 1997, abah saya ketika itu sedang memeriksa kertas SPM(/STPM), lalu beliau bermusafir utk mencari ketenangan dan memeriksa kertas perperiksaan...

tahun 2009, mok  (emak kepada abah) pula meninggal, kata abah ketika itu "aku dah tiada siapa lagi di dunia"

"tiada siapa lagi" bermaksud bukanlah tiada manusia lain, tapi manusia-manusia utama dalam hidupnya telah pergi selamanya...

hampir 6 bulan lalu, saya sempat bersapa buat kali terakhir,
hari ini, sudah hampir 6 bulan sudah saya tidak mendengar suara abah...



bagaimana pula rasanya kalau sudah 10 tahun, 20 tahun tidak mendengar suara abah... apakah saya akan lupa suaranya, kata-katanya, nasihatnya?

Khamis, 9 Ogos 2012

wamakaru, wamakarALLAH.....

bismillah....

pesan saya buat diri dan abna' dakwah ini....

teruk apapun kondisi diri kita, samada kita telah futur dan menjadi orang yg lebih teruk dari diri kita sebelum ini, atau kita ditimpa masalah besar sehingga tak tertanggung mata dan bahu, atau ada dosa yg kita terus menerus lakukannya sehinggakan kita merasa berputus asa dengan diri serta merasa hipokrit....

cubalah bertahan, jangan sesekali kita meninggalkan dakwah dan tarbiayyah dan kelompok manusia yg beriman dengan jalan ini.... walaupun kita merasakan kita tidak layak atau kita tidak mampu.... kerana di sini lah banyaknya berkumpul anasir-anasir kebaikan yg mahukan kebaikan dan pembaikan.... bersabarlah betapapun lamanya..

teruk-teruk kita dalam tarbiyyah lebih baik dari kita teruk atau biasa-biasa berseorangan diri.....


ketahuilah,
bencana dari ALLAH yg berat bukanlah bila kita kehilangan sesuatu yg mahal, atau apabila kita di sakitkan, atau diuji kemiskinan, keluarga dan sebaginya.... tapi bencana dari ALLAH yg besar adalah bia kita tidak sedar bencana yg datang itu....

kerana dosa-dosa yang kita lakukan, ALLAH menyusun kehancuran dan kebencanaan kita....
kerana kelicikan dan keculasan kita dengan ALLAH, maka ALLAH mempersiapkan bencana yg besar dan panjang....
kerana tipu daya kita di hadapan dan belakang manusia, maka ALLAH mencabut nikmat2 nya secara terancang

wamakaru wamakarALLAH, wallahu khairul makiriin
"mereka membuat tipu daya, dan ALLAH membuat tipu daya, demi sesungguhnya, ALLAH sebaik-baik pembuat tipu daya"



kita takut, dengan berjauhnya hati kita dari tarbiyyah dan kelompok manusia-manusia ini adalah perancangan2 dari ALLAH yang sangat teliti dan panjang utk membinasakan kita....