Rabu, 4 Julai 2012

adakah ummat ISLAM di malaysia tidak superior dan kuasa tawar menawar nya lemah?

ia lemah dan tidak superior selagimana ummat ISLAM tidak mempunyai kuasa pemutus/pembuat keputusan terhadap apa yg ummat ISLAM ingin kan... terutamanya utk meninggikan agama kita dan kepentingan masyarakat muslimin...  Realitinya ia segera dicabar oleh bukan muslim tanpa perbincangan

kuasa tawar menawar politik yg kuat adalah seperti mana kedudukan kuasa veto di PBB, namun, kuasa2 politik kita di tanah muslimin tidak sekuat kuasa veto di PBB sungguhpun kita mempunyai angka yg besar,

beberapa peristiwa;
1. apa2 sahaja berkenaan hudud yg terkeluar dari mulut UMNO, segera dicantas MCA/Gerakan
2. negara ISLAM, hudud atau menukar ISLAM agama persekutuan kepada ISLAM sebagai addeen dalam perlembagaan yg diutarakan oleh PAS segera dikritik oleh tokoh2 besar DAP tanpa perbincangan, atas semangat pakatan yg menuntut persetujuan ketiga-tiga komponen.(sedangkan dahulu Karpal Singh mengatakan hudud masih boleh diperbincangkan)(link)
3. MCA menghina dan mengkritik komponen agama ISLAM (hudud) sedangkan bersekutu dengan UMNO (masyarakat muslimin) tanpa memperdulikan sensitiviti muslimin
4. ada mengatakan undi cina penentu kepada kemenangan kuasa politik (link)


ummat ISLAM harus segera muhasabah, apa sebenarnya yg mereka mahukan..... perbanyakkan persefahaman, bezakan antara agenda bersama dan pertarungan politik, fahami tujuan keberadaan kita di muka bumi dan tanggungjawab kita pada generasi, besarkan perasaan ukhuwwah islamiyyah, permudahkan, rapatkan jurang, dan duduk semeja

org bukan ISLAM sudah lama meninggalkan kita, nampak sahaja mereka berbeza, namun perbezaaan itu hanya perbezaan teknikal, namun kehendak mereka sama sepakat...
(e.g; tuntutan Dong Zong, hak samarata, kuasa politik, kuasa ekonomi dll)


beberpa perkembangan terbaru;
1."NIK aziz ucap tahniah atas cadangan hudud"
2."Harun: Pas sedia bantu Umno "



moga  menjadi bara, diam-diam menyala, kalau jadi ubi, diam-diam berisi

إِلَّا تَنصُرُوهُ فَقَدۡ نَصَرَهُ ٱللَّهُ إِذۡ أَخۡرَجَهُ ٱلَّذِينَ ڪَفَرُواْ ثَانِىَ ٱثۡنَيۡنِ إِذۡ هُمَا فِى ٱلۡغَارِ إِذۡ يَقُولُ لِصَـٰحِبِهِۦ لَا تَحۡزَنۡ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَنَا‌ۖ فَأَنزَلَ ٱللَّهُ سَڪِينَتَهُ ۥ عَلَيۡهِ وَأَيَّدَهُ ۥ بِجُنُودٍ۬ لَّمۡ تَرَوۡهَا وَجَعَلَ ڪَلِمَةَ ٱلَّذِينَ ڪَفَرُواْ ٱلسُّفۡلَىٰ‌ۗ وَڪَلِمَةُ ٱللَّهِ هِىَ ٱلۡعُلۡيَا‌ۗ وَٱللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Jikalau kamu tidak menolongnya [Muhammad] maka sesungguhnya Allah telah menolongnya [yaitu] ketika orang-orang kafir [musyrikin Mekah] mengeluarkannya [dari Mekah] sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya: "Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita." Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada [Muhammad] dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(attaubah;40)



وَأَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ وَلَا تَنَـٰزَعُواْ فَتَفۡشَلُواْ وَتَذۡهَبَ رِيحُكُمۡ‌ۖ وَٱصۡبِرُوٓاْ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ
Dan ta’atlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar
(al-anfal; 46)

"Walau belum tentu bilakah masanya, setidaknya, kita sudah menyaksikan permulaannya. "
-syed israa'-

Selasa, 3 Julai 2012

FB#2; menegakkan ISLAM bukan sekadar menegakkan hudud


pada saya,perjuangan tamkin deen/menegakkan agama di muka bumi (particularly malaysia) bukan sekadar melaksanakan hudud... bahkan


1.menjadikan ISLAM superior (bukan setara), 
2.menguatkan dan memperkukuh kuasa tawar menawar ummat ISLAM, 
3.menafsirkan perlembagaan mengikut tafsiran syarak (bukan sekular),
4.menjaga dakwah dan menghalang dakyah selainnya kepada ummat ISLAM,(kristianisasi, syiah, hedonisme, liberal)
5.mempersiapkan support system/generasi (taarif ISLAM, tarbiyyah),
6.menyatupadukan ummat ISLAM dalam lingkungan ukhuwwah islamiyyah (menjaga hak2 dan batas)
7.membina kekuatan dan penguasaan; iman, amal, akhlak ukhuwwah, fizikal, ekonomi, pendidikan, pengaruh
8.menanam dan menghidupkan cita2 mendirikan khilafah islamiyyah,

ISLAM yg nak kita tegakkan di bumi Malaysia bukan macam astro, ada astro aosis, tapi ada jugak MTV, HBO....

maknanya lapangan ekonominya ISLAM , tapi bidang pendidikannya sekular, dan lapangan perudangannya liberal  

Jumaat, 4 Mei 2012

returning

akh A; akhi, macam mana untuk kita tahu yang dosa yang kita telah diampunkan oleh ALLAH?

akh F; wallahua'lam, ana x tahu, tapi dr.yusuf qardhawi ada tulis sebuah buku berkenaan taubat....
(kerdip2 mata)
dia kata, antara tanda2 nya, kita tidak ada lagi perasan kepada dosa tu, atau untuk kembali kepada dosa itu... maknanya hati nta dah tak nak dah dan x rasa apa2 interest pun lg terhadap dosa tersebut




يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ تُوبُواْ إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحاً


Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yg x akan ulangi lagi dosa itu).....




عَسَى رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَـتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّـتٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا الاٌّنْهَـرُ


.....mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai


surah tahrim (66); 8

Jumaat, 13 Januari 2012

FB#2; siapa dulu?

Rasulullah SAW pernah bersabda;

“Man sanna sunnatan hasanatan, falahu ajruha wa ajru man ‘amila biha ila yaumil qiyaamah”


Sesiapa yang memulakan sesuatu kebajikan, maka untuknya pahalanya dan pahala sesiapa yang mengikutnya hingga ke hari kiamat.

Selasa, 10 Januari 2012

5tahun di atas jalan; para penyeru


1. Kehidupan sebagai seorang penyeru (daie) adalah satu peringkat dalam perjalanan tarbiah seorang akh mukmin yang soleh

2. Pada saat itu, setiap sisi (janib)/perbuatan dalam kehidupan kita adalah dakwah

3. Kalau cacat perkara lain kerana dakwah, itu bukanlah dakwah (dakwatullah); kerana dakwah itu suci dan agung

4. Dakwah milik ALLAH, ia semata-mata anugerah dan pemberian ALLAH kepada seorang hamba

5. Untuk angkat hambaNya itu ke tempat yang lebih tinggi

6. Dakwah hanyalah urusan/jual beli ALLAH dengan hambaNya

7. Untuk membeli dakwatullah, perlu dengan jiwa, jasad, wang, masa; dengan segenap pengorbanan

8. Kalaulah gelaran “dato” adalah pangkat dikalangan manusia, maka du’ah/da’ie (penyeru) adalah pangkat kemuliaan dan ketinggian dikalangan penghuni alam buana; kerana dia menyeru kepada sujud kepada Tuhan pemilik alam, tidak terpikul amanah ini oleh makhluk lain (berkecai gunung menerimanya

لَوۡ أَنزَلۡنَا هَـٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ عَلَىٰ جَبَلٍ۬ لَّرَأَيۡتَهُ ۥ خَـٰشِعً۬ا مُّتَصَدِّعً۬ا مِّنۡ خَشۡيَةِ ٱللَّهِ‌ۚ وَتِلۡكَ ٱلۡأَمۡثَـٰلُ نَضۡرِبُہَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ
Kalau sekiranya Kami menurunkan Al Qur’an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.
(hasyr (59);21)

9. Dakwah menjadikan kehidupan seseorang itu kaya dan panjang;
a)kaya kerna setiap inci unit kehidupannya sarat dengan nilai2 agung sehinggakan tidak akan pernah habis digali oleh manusia hingga ke hari kiamat; arrasul dan sahabah.
b)panjang kerna umur dakwah ini bermula sejak manusia pertama dihantar ke dunia (adam a.s)hingga manusia terakhir yang hidup di muka bumi.

10. ketahuilah sesungguhnya bahawa hujung jalan ini adalah syurga yang abadi






moga ia membara dan berdenyut hingga ke hujung perjalanan
#nota diri
kaherah, 12;31 a.m
10 jan 2012