Rabu, 23 Jun 2010

KAYA


satu ketika, Bilal bin Rabah datang kepada Rasulallah, mengadukan pergeserannya dengan Abu Dzar al-Ghifari.... Abu Dzar menghina dan mencela nya!

mafhum..
"ya Rasulallah, Abu Dzar telah memanggil aku dengan nama "wahai anak kepada ibu hitam.." "


lalu, sekalian mereka berdua dipanggil oleh Rasulallah bagi mengambil kenyataan masing2 dan meneguhkan kepastian....

(mafhum...)
"Ya Abu Dzar, betul ke ko panggil Bilal sebegitu?"
"Ya Rasulallah" jawab Abu Dzar akur...
"wahai Abu Dzar, sesungguhnya aku tgk, masih ada baki karat jahiliyah pada diri mu"

Abu Dzar tidak dapat menahan perasaan hibanya, dengan sebak menyesakkan dadanya, pantas, dia meletakkan kepala nya di atas tanah.....

seraya berkata,
"wahai Bilal, maafkanlah aku.... aku kesal dan bertaubat.. " (mafhum)
"no problem Abu Dzar, aku x de apa2... aku maafkan ko"
"kalau ko maafkan aku, letaklah kakimu di atas kepala ku ini (di atas tanah)..."

"wahai Abu Dzar, aku sudah maafkan ko... x perlulah ko meminta aku buat begitu...."
"tidak bilal...."jawab abu dzar

Bilal tetap berkeras...

lalu, Abu Dzar mendapatkan kaki bilal, dan meletakkannya di atas kepalanya yang masih di atas tanah...... lalu kedua-duanya diliputi kesayuan yang dalam...








sebuah kisah, 2 orang manusia "besar" dalam sejarah..... lebih 1400 tahun dahulu....


saya takjub, bagaimana kisah kecil ini di rakamkan dan kekal selama ribuan tahun....
penuh dengan ma'ani-ma'ani dan mutiara hikmah....

mungkin ada tokoh2 yg kita kenali sepanjang pembelajaran kita, contohnya machievelli, adolf hitler, martin luther, omar mokhtar, sultan muhammad al fateh, salahuddin ayubi.... namun, kisah kehidupan mereka tidak sesegar generasi ini...

walaupun sudah merentasi ribuan tahun



inilah umur yang kaya.... kaya dengan pelajaran yang besar......

merekalah seperti mana disebutkan Sayyid Quthb

"Jil Qur'ani Farid"
(Generasi Qur'an Yang Unik)









....... 1400 tahun dahulu.........

........2 orang sahabat..........





namanya akan terus segar hidup dalam jiwa orang2 beriman hingga ke hujung zaman......

Jumaat, 18 Jun 2010

apa pndpt saudara ttg pas?


(yang ditanya sedang berjogging)



satu orang bertanya dalam post saya sebelum ini , dan dalam beberapa kesempatan ini... saya menjawab..

apa pndpt saudara ttg pas?




alhamdulillah... PAS telah mengorak langkah yang baik dalam mengetengahkan ISLAM dalam masyarakat malaysia....

menjadi badil (alternatif) dikala masyarakat sangat2 menginginkan alternatif....

"revolusi tudung" yang di pacu oleh gelombang 3 serangkai PAS-ABIM-ARQAM pada awal 1980-an mengesankan masyarakat hingga ke hari ini....

ribuan para huffaz lahir dari sekolah2 nya... ia telah memperkenalkan banyak polisi2 di kelantan yang mana akhirnya digunapakai di negeri2 lain...

PAS adalah jamaah minal muslimin yang telah banyak berjasa kepada ummat ini...




namun begitu, ia adalah sesuatu dari manusia, maka tidak salah jika ada kesilapan dan kemudiaannya memperbetulkan, dan tidak menjadi aneh jika ada yang mengkoreksinya/menegurnya demi kebaikannya...

dan ia adalah komponen saling melengkapi utk membangunkan citra ISLAMI dalam masyarakat malaysia...

ada melengkapi kekurangannya dan ia ada melengkapi kekurangan yg lain...


walaupun ada sesetengah ahli/kader/pendokong PAS yang agak taasub kepartiaan, tidak sedikitpun boleh dikoreksi utk ditelaah.....
yang pantas melabelkan orang lain bersekongkol dengan toghut bila x sependapat dengannya.....
yang melaungkan semboyan kebencian walapun kepada org yang menyeru kepada ALLAH....
dan yang meninggalkan peranan sebagai menjadi qudwah dalam masyarakat....


semua itu saya kira masalah orangnya yang bermasalah, bukan masalah jamaah....

ingatlah! ghayah kita hanya ingin menuju kepada ridho ALLAH dan jannah.... maka tindakan kita harus diukur dengan ghayah kita....


-----------------------------------------------------------------------------------------

satu hal yang harus kita fahami

kemenangan kita sebenar bilamana kita mampu membawa masyarakt ini kembali hidup beragama dan bertuhan...

oleh itu, seandainya anda seorang pendokong PAS, harus di fahami agenda kita adalah merubah ummat ini, bukan sekadar memenangi pilihanraya....

tanpa ummat ini berubah terlebih dahulu, tanpa diubah dahulu orientasi hidupnya, idolanya, kebanggaannya... tidak mungkin kemenangan di pilahnraya menjadi sebuah kejayaan buat kita.....

lagipula setakat ini PAS masih belum menjadi main player dalam PR...

PAS hanya 23 kerusi, DAP 29 kerusi dan PKR 25 kerusi (mix muslim and non muslim) dan PSM (parti sosialis malaysia)1 kerusi(sumber)....

maka saya yang kerdil ini memberi pesan dan ingatan, hati2lah pemimpin kami dan kaum muslimin...

kebenaran harus dengan kekuatan agar ia sentiasa berada di atas dan tidak di bola-bolakan....

jangan sampai seperti dikatakan orang2 tua kita....

"dikendong x dapat, dikejar berciciran"

--- sungguhpun saya berkata sebegini bukan lah cenderung menyebelahi dan menyeru kepada UMNO (selagi mana UMNO tidak berubah sikap2 nya....)





ikhwati fillah... fahamilah risalah ini dengan baik.... tanah air muslimin ini harus kita jagai dengan baik kerana tiada siapa akan memeliharanya kecuali kita







jalan ini memang jauh dan sukar... sebab itulah kita harus mempersiapkan kemenangan dengan baik, bersungguh-sungguh dan ikhlas...

ia bukan sekejap... jalan ini telah bermula ribuan tahun sebelum kita... tidak mungkin kita dapat mengharapkan kemenangan yang segera....

moga ALLAH memberikan kesempatan dan kekuatan utk meletakkan diri kita untuk berada di barisan orang2 yang telah menunaikan janjinya dengan Tuhan sekalian alam.....



wallahua'lam

Khamis, 17 Jun 2010

generasi baru

tidak hairanlah kalau ketika ini mesir menjadi negara ke 12 dalam FIFA world ranking (link) di kalangan negara2 gergasi bola sepak walaupun mereka tidak berkesempatan untuk ke piala dunia kali ini....

kamu tahu apa mereka buat?



ini dia...



zoom in..







dan para jurulatih muda...







di sini (mesir)... biasanya, kelab sukan/ stadium awam akan menguruskan pelatihan kepada kanak2 seawal 8 tahun!

kalau di malaysia, ia seperti tusyen akademik... tetapi di sini, tusyen bola sepak....

ibubapa akan menghantar anak2 mereka ke pusat2 tusyen bola ini, kalau anda lihat, di belakang itu ibubapa menunggu dan melihat prestasi anak2 mereka...


ini pemandangan yang saya bawakan hanya dari 1 tempat, berpuluh lagi tusyen2 sebegini....





mungkin begini caranya untuk menjadi negara gergasi bola sepak.... iaitu dengan membina generasi bola sepak....






begitu juga dengan ISLAM.... kekuatannya harus dimulai dengan membina generasinya dengan dasar kefahaman yang sebenar sebelum yang lain.....




kekuatan, kesatuan, kekayaan, kebanggaan pasti menyusul....











"tegakkan ISLAM dalam dirimu, nescaya ia tertegak di negerimu"

Rabu, 9 Jun 2010

parti2 politik di malaysia yg tidak pernah anda tahu








bila dekat exam ni... mulalah otak menjadi aktif dengan idea2 yg mungkin pada hari2 biasa malas nak buat....

letih study... ting! dapat idea

so, kali ni saya nak kongsikan sedikit.... mungkin kita jarang dengar atau x pernah tahu... namun ianya wujud di malaysia....

untuk membantu kejelasan... sila open new tab link ini

http://www.spr.gov.my/index_files/parti_politik/parti_politik.asp


masa saya menyelinap ke web suruhanjaya pilihanraya malaysia, ini yang saya temui.... pernahkah anda mendengar/tahu akan parti2 ini?

antaranya......(saya hanya copy paste parti2 yg rare sahaja)

Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA) ------ini bukan PAS

Parti Pusaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) ------PBB?

Parti Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA) ------ dahsyat

Parti Pekerja-Pekerja Malaysia ------ parti buruh UK?

Parti Rakyat Malaysia (PRM) ------- BN+PR?

Parti Kongres Penyatuan Masyarakat ----------1malaysia?

Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) ------- ini bukan PKR

Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (AMIPF)

Parti Punjabi Malaysia (PPM) ---------- what da?

Parti Kongres Ceylonese Malaysia

Parti Sosialis Malaysia ------- nazi malaysia? x kurang hebat, they're organizad (link)



National Socialist German Workers' Party
(parti hitler dulu)





aneh... hari ini baru saya tahu...

Rabu, 2 Jun 2010

set us free!



Israel Zionis melanggar undang-undang antarabangsa berulang kali. Siapa yang pernah mengambil tindakan terhadap Israel?





"set us free!"